MAS – Saya Nak Cuti!!

Hiburan

MAS – Saya Nak Cuti!!

#Sila skroll ke bawah untuk membaca artikel terbaru

Adakah anda mempunyai simptom-simptom seperti berikut?

Advertisement

1.Kerja banyak kena buat, tapi malas. Selagi boleh buat esok, esok ajalah buat.

2.Bangun pagi nak gi keje liat, tapi 10 minit sebelum habis waktu, dah ready untuk chow.

3. Sambil buat kerja,sikit-sikit kerling kat jam, kira lagi berapa lama nak balik.

4. Layan BeautifulNara 3-5 kali sehari. Kepada yg refresh blog BN ni lebih dari 20kali sehari, anda wajib mengambil langkah berikut dengan kadar segera;

1-       Bukak browser internet anda.

2-       Copy link ini, kemudian paste kat browser internet anda.  http://www.mastraveller.com

3-       Cuba baca sekali. Baca lagi sekali! Yes, MAS ada buat pertandingan untuk memenangi percutian percuma! YEY~~~~~Percutian!!!Semuanya percuma woooo. Bolehlah hilangkan stress kerja anda, stress poket pon takde langsung. Inilah namanya percutian idaman!!

4.  Apa yang korang kena buat untuk join contest ni senang aja. Korang tak perlu ada blog! SESIAPA sahaja boleh menang percutian idaman yang ditaja oleh MAS ke Negara ASEAN atau Malaysia ni.  Pemenang juga berpeluang menjadi pengara rancangan percutian sendiri! Kami ulangi, SESIAPA sahaja. Cuma kena buat 3 langkah ni je~~

Yaaa, Cuma perlu hantar 1 Gambar 4R & Karangan ya. Inilah masanya korang semua tunjukkan bakat menulis tu. Tulis yang kelakar, atau pon sedih, ataupon yang berimaginasi, yang penting kena mantap lah sebab nak pastikan korang antara 7 orang yang terpilih nanti!

Ini adalah contoh karangan yang mungkin bakal menang ya~~

Kepada MAS,

Saya amat sukakan tempat bersejarah. Telah habis semua tempat bersejarah di Malaysia yang saya lawati. Namakan sajalah – Kellie’s Castle, Tugu Negara, Bandar Melaka,  Makam Hang Tuah , Perigi HangLiPo, dan banyak lagi. Sebenarnya sudah 5 kali saya melawati semua tempat bersejarah ini, kerana saya hanya mampu pergi melawat tempat bersejarah di dalam Malaysia sahaja. Secara jujurnya, saya belum pernah keluar dari Malaysia, kecuali pernah naik sampan ke Siam secara haram. Saya agak malu dengan kawan-kawan saya yang semuanya asyik bercerita tentang Negara lain.

Amatlah saya berbesar hati, jika saya dapat pergi ke Negara Vietnam untuk melihat tapak peperangan Vietnam dengan tentera US. Saya ingin masuk ke dalam Vinh Moc Tunnel, melihat dengan mata sendiri bagaimana orang Vietnam boleh hidup di dalam terowong bawah tanah.Saya juga mahu ke C? Loa citadel untuk melihat sendiri tempat lagenda puteri Vietnam yang asyik bercinta sampaikan terberi Negara sendiri pada putera raya China.

Saya juga ingin ke Ho Chi Minh melihat sendiri Bandar yang penuh dengan tumpahan darah. Ah, alangkah indahnya jika impian saya ini menjadi kenyataan.

Sekian, Yang Berharap sangat nak pergi holiday ~Nara~


Ya, itu adalah contoh karangan yang mendapat markah 100% ya. Pastikan karangan korang tidak lebih dari 350 patah perkataan , dan sertakan gambar saiz 4R yang boleh menarik hati judges nanti ya~~

Selain korang masuk untuk diri sendiri, kalaulah korang berhajat nak mak/bapak/kakak/bos korang pergi bercuti, boleh jer buat karangan kenapa calon korang tu kena pegi melancong. Apa yang penting kena submit sebelum 31 Januari ya!!

So lepas korang hantar, camna nak tau sapa menang kan?

Semua orang hantar karangan

|

Pengadil pilih 20 karangan terrbaikk

|

20 org ni kena mintak org lain undi

|

Setiap 2 minggu, 2 org dgn undi terendah akan OUT

|

8 orang akan dibuang (4minggu), tinggal lah 12 org je

|

Juri akan pilih 7 org dari 12 ni…..

|

Sapa menang tu, holiday 4 hari 3 mlm yg ditanggung oleh MAS tu akan dirakamkan pastu kuar tv kat Astro Ria sebagai pengacara rancangan percutian sendiri.
Glemer tu.

Haaa, apa lagi.,….jom hantar karangan!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...