MAS Nafi Dakwaan Iklankan Menu Daging Babi

Trending

MAS Nafi Dakwaan Iklankan Menu Daging Babi

Baru-baru ini, viral di media sosial dakwaan mengenai Malaysia Airlines (MAS) mengiklankan menu makanan serta gambar daging babi di dalam majalah Going Places edisi Januari 2019.

Advertisement

Tentunya isu ini agak sensitif apatah lagi Malaysia dikenali sebagai negara Muslim dan seharusnya tidak boleh mempromosikan makanan yang haram. Pelbagai persoalan dan spekulasi mula timbul berhubung isu ini.

Terbaru, pihak MAS tampil memohon maaf dan menjelaskan mereka tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.  Malah, foto yang didakwa daging babi itu sebenarnya potongan daging lembu wagyu.

Dalam iklan majalah, Going Places edisi Januari lalu memaparkan restoran yang menyediakan pelbagai jenis masakan sebahagian daripada menu mereka.  Foto itu mempamerkan potongan daging lembu wagyu dan juga sotong. Seperti mana majalah gaya hidup lain, ulasan restoran itu adalah untuk mempromosikan kedai makanan kepada penumpang daripada seluruh dunia.




Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan ulasan itu langsung tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana penumpang.

Netizen kecam tindakan individu dakwa MAS promosi daging babi





Sumber Berita : Sinar Harian & Twitter MAS 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...