July 9th, 2020

Ingat tak kisah Datuk A.Aida yang memfailkan kes saman ke atas seorang selebriti atas tuduhan mencuri wallet mata wang kripto miliknya beberapa ketika dahulu. Selepas kes ini dibicarakan secara senyap, akhirnya ia menemui penyelesaian yang memuaskan.

Difahamkan pelakon Mas Khan telah mengaku bersalah atas tuduhan tersebut kelmarin dan A.Aida bersyukur dengan keputusan mahkamah yang memihak kepadanya. Bahkan wanita itu berharap agar kes ini akan menjadi pengajaran kepada orang lain.

mas khan bersalah curi wang kripto a.aida

Meskipun sudah melakukan satu hal yang berat seperti itu namun penerbit popular tersebut menyatakan bahawa dia langsung tidak menyimpan dendam terhadap Mas Khan kerana sudah menganggap dia seperti adiknya sendiri.

“Sebagai orang Islam, saya tidak sesekali berdendam tetapi dalam masa yang sama berharap dia insaf kerana dia masih muda dan punya masa depan yang panjang.”

Daripada hukuman yang dibaca, Mas Khan boleh dikenakan hukuman penjara selama 26 bulan jika gagal membayar denda sebanyak RM17,000. Ini diputuskan selepas pelakon lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan mencuri wallet mata wang kripto milik A.Aida sebanyak RM213,805.

Kejadian itu difahamkan berlaku di Taman Ukay Perdana, Ampang sekitar jam 5 pagi pada 7 Mac tahun lalu dan ianya berlaku sebanyak dua kali di mana nilainya terbahagi kepada RM59,804.15 dan RM154,000.85.

mas khan bersalah curi wang kripto a.aida

Walaupun selepas terbukti Mas Khan adalah pelakunya, A.Aida tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberikan tawaran berlakon di bawah produksinya kepada lelaki itu pada masa akan datang.

Dalam pada itu, penerbit tersebut bakal meneruskan saman sivil ke atas Mas Khan berdasarkan nasihat peguamnya untuk menuntut keseluruhan jumlah yang telah dicuri selain meminta ganti rugi teladan faedah serta kos tindakan di mahkamah.

Buat apa nak berdendam kan?

Sumber: mStar Online


One response to “Mas Khan Mengaku Bersalah Curi Wallet Mata Wang Kripto RM213,805, A.Aida Tidak Berdendam”

  1. Anonymous says:

    tak payahlah mencuri..kan dah malu..Mulut dia ckp tak dendam..tapi hati dia pun terdetik takut nak ambik dia blakon..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...