Mas Khan Beli Kereta Mewah, Netizen Pakat Buat Spekulasi Sendiri – “Awek Anak Tan Sri Bagi Kot”

Hiburan

Mas Khan Beli Kereta Mewah, Netizen Pakat Buat Spekulasi Sendiri – “Awek Anak Tan Sri Bagi Kot”

Pelakon dan usahawan, Mas Khan khabarnya telah berjaya memiliki kereta impiannya iaitu model Porsche 718 GTS.

Perkara tersebut turut diuar-uarkan kepada peminatnya di media sosial TikTok dan Mas Khan juga turut memaklumkan bahawa dia telah menyimpan impian untuk memiliki kereta mewah tersebut sejak tahun 2020 lagi.

Advertisement

Mas Khan yang juga merupakan seorang Forex Trader itu berkata, hasil kejayaan memiliki kenderaan kesukaannya itu adalah berkat hasil usaha dan juga doa ibu bapa selain dengan izin Allah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas kejayaan Mas Khan memiliki Porsche dan ada juga yang mengambil kisah pelakon itu sebagai inspirasi.

Terima kasih bang. Saya termotivasi dengan video ini. Doakan saya boleh pakai kereta idaman saya tahun ini. Aamin.

Namun ada juga yang berseloroh dengan mengatakan bahawa mereka perlu memiliki kekasih bergelar anak Tan Sri agar setiap impian yang diingini tercapai.

Tidak kurang juga yang meminta Mas Khan untuk rajin bersolat bagi mengelakkan rezeki yang diterimanya itu tidak semata-mata istidraj.

Alhamdullilah bang. Teruskan istiqamah bang. Solat jangan lupa ya.

Terdahulu, Mas Khan pernah dikritik gara-gara pengakuannya jarang untuk melakukan rukun Islam ke-2 iaitu solat lima waktu kerana lebih memandang kepada hati nurani yang baik dan ikhlas.

Mas khan
1 year ago

"Saya Pandang Lebih Pada Hati" - Mengaku Jarang Solat 5 Waktu, Mas Khan Cari Cara Lain Tambah Pahala

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...