“Mas Kahwin Yang Diminta Hanyalah Satu Set Kitab Sahih Tafsir Ibnu Katsir”

Trending

“Mas Kahwin Yang Diminta Hanyalah Satu Set Kitab Sahih Tafsir Ibnu Katsir”

Pada zaman sekarang ini hangat diperkatakan mengenai hantaran kahwin yang sebegitu mahal sehinggakan ada yang sanggup membuat pinjaman bagi memastikan dapat memenuhi kehendak hantaran yang ditetapkan oleh pihak pengantin perempuan. Mungkin juga sudah menjadi trend bagi orang ramai untuk mengadakan majlis perkahwinan yang gah.


 photo hantaranbukuhadith.jpg

Maklumlah, di zaman media sosial ramai mata memerhati. Kalau buat gah orang mengata, tak buat gah pun orang mengata. Tetapi bagaimana dengan tuntutan agama itu sendiri?

Advertisement

Sebenarnya “wanita itu’ masih wujud…

Jika dahulu viral dan heboh satu negara kes kahwin tak jadi dan bergaduh besar antara dua keluarga kerana mas kahwin sangat tinggi. Kenapa wanita itu dan seperti itu yg kita cari?

Kerana lelakinya juga seperti itu. Keluarganya juga seperti itu. Masih wujudkah wanita yg mas kahwin hanya cincin besi, hanya hafalan ayat-ayat suci?

Insya-Allah wujud sebenarnya, cuma tidak dihebohkan di dada akhbar. Ianya bukan di ceruk kampung atau pedalaman. Saya temui sendiri di Damansara Utama semalam.

Dah banyak kali saya mengetuai rombongan merisik, rombongan meminang, menjadi jurucakap pihak keluarga dan seumpamanya. Alhamdulillah semalam hari bersejarah bagi saya.

Saya terfikir masih ada lagi di zaman serba moden ini, ketika pengaruh keduniaan mula menghakis nilai agama masih wujud wanita/keluarga yg mendahulukan hadis-hadis Rasulullah SAW (agama) dalam menentukan haluan kehidupan mereka. Semoga keluarga ini di berkati Allah.

Saya menjadi wakil pihak lelaki. Wali (wakil wanita) awal-awal lagi memberitahu kami untuk memudahkan segala urusan nikah. Agenda penetapan tarikh dan tempat nikah selesai, masuk kepada agenda mahar (mas kahwin).

Saya berdebar menunggu keputusan perbincangan keluarga pihak perempuan di sebalik dinding batu yang memisahkan kami.

Keluarlah walinya memberitahu kami bahawa mas kahwin yang diminta adalah SATU SET KITAB SAHIH TAFSIR IBNU KATSIR (+-RM300). Semoga keberkatan untuk kedua-dua bakal pengantin.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 6/13, no. 1808. Dinilai sahih oleh al-Albani)

“Di antara kebaikan wanita adalah mudah urusan melamarnya, mudah maharnya (maskahwin), dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat).” (Hadis Riwayat Ahmad dan ath-Thabrani. Majma’ az-Zawa’id, 4/516, no. 7482)

Pada pendapat penulis, pada zaman kini pengantin kebanyakannya cuba memenuhi kehendak ahli keluarga dan saudara mara yang mahu majlis perkahwinan disambut gah, mewah dan meriah kerana ‘ia sekali seumur hidup’.  

Bagaimanapun, pilihan masih teletak di tangan pengantin. Jika sampai berhutang-piutang, lebih baik wang yang ada digunakan untuk membina kehidupan selepas berkahwin. Maklumlah, dalam keadaan ekonomi semasa, kita semua patut berjimat-cermat dan mengelakkan pembaziran.

Melainkan kita betul-betul mampu, tak perlu hantaran sehingga puluhan ribu ringgit kerana ia membebankan pihak lelaki. Mempermudahkan itu lebih baik.-amazingnara.com

Sumber: Diey Hasan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...