Mas Idayu ‘Naik Hantu’, Kesal Anak Dihalang Jumpa Bapa Kandung Aman Graseka

Hiburan

Mas Idayu ‘Naik Hantu’, Kesal Anak Dihalang Jumpa Bapa Kandung Aman Graseka

Jika sebelum ini panas di media sosial apabila anak kepada penyanyi dangdut, Mas Idayu bersama bekas suami dan juga pelakon Aman Graseka berbalah di media sosial dengan bapa kandungnya itu sejak Februari lalu.

Yang menjadi isunya kini apabila perbalahan itu yang secara tidak langsung telah mengaitkan nama Mas Idayu yang didakwa tidak pandai mendidik anak gadisnya itu sehingga bersikap kurang ajar terhadap Aman Graseka dan juga kepada ibu tirinya itu.

Advertisement

Tampil untuk menjawab dakwaan itu, penyanyi dangdut terkenal itu akhirnya membuka mulut untuk menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi.

Pada awalnya, Mas Idayu  memberitahu dia sama sekali tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi dua beranak itu kerana ia membabitkan mereka berdua.

View this post on Instagram

Firstly, this is my father???? Maybe ada yang tak tahu dia sangat sebab saya jarang post dan dia tak suka sangat ambik gambar. But this one is my fav photo because we had a date! (throwback) ? and i know gambar ni biasa dan tak ada apa yang special korang dapat tengok tapi memory waktu ni sangat2 buat saya happy. Memorable! i cant explain or showed how much i want to get back to this time. i just wanna say that i really miss you papa…. dayini tau , kalau dayini wish atau buat apa pun papa takkan dapat. dayini rindu waktu dayini dengan papa. Everything…. maybe ini yang pertama dan terakhir dayini wish atau post. Papa…. ??? Selamat Hari Jadi papa…. ??????? semoga panjang umur dan murah rezeki. sihat selalu… dayini tak tahu nak wish macam mana lagi sebab dayini tak pandai sangat buat wish cam ni hehe. cuma dayini harap papa sentiasa sayang dayini dan ingat dayini selalu. you know how much i love you and i know how much you loved me. but maybe life sekarang dah lain2. kenapa dayini tulis macam ni sebab dayini tahu, i dont have chance to see or talk to you or even… ?hmmm. Apa yang dayini nak semoga papa faham maksud dayini dan dapat atau tak tu belakang cerita. dayini tak mengharapkan papa dapat apa yang dayini post atau tulis ni. tapi dayini tau apa pun yang dayini tulis ni akan ada orang membaca dan share. dayini tak sure papa akan dapat terus. tapi dayini yakin one day papa akan dapat dan tahu jugak. (background lagu sedih sikit sambil type ni) hehe. Till this time and this year idk but suddenly i feel like i wanna do this. I have to! semoga insyaAllah papa dipanjangkan umur dan sihat dan one day papa dapat apa yang dayini cuba nak sampaikan atau tulis. i believe they will help me. Terus direct jumpa or whatever. i know they will. yang dikenali atau tak… ?? and Allah will help me too! Again, Happy birthday papa…. ? i love you and i miss you so much. Hope you know that. i’ll never forget you. never. melainkan ada yang ingin melagakan atau melupakan kita ? May god bless you. semoga dilindungi oleh Allah dan dibantu olehNYA. amin…. ?? i wish i can see you again…. 28/02/2020 will always be in my mind…always?

A post shared by DannyShah (@d4nny.shah) on

“Awalnya saya memang tak tahu apa masalah anak saya dengan bapanya sebab malas nak ambil tahu kerana itu membabitkan mereka berdua. Tapi baru-baru ini saya ternampak ada berita mewakili pihak Aman dan isteri mengatakan saya masuk campur, itu saya tak boleh terima. Sampai ada netizen kata saya tak ajar anak hormat ibu tiri. Dia dah umur 22 tahun saya masih pukul lagi kalau ada buat salah,”

Mac lalu, Nur Dayini telah meluahkan rasa kesal terhadap sikap ibu tirinya yang bertindak menghalang dia untuk berjumpa bapa kandungnya itu. Hal tersebut telah melarat apabila kedua-duanya berbalas kapsyen berunsur sindiran di laman Instagram (IG).

 Yang menambah lagi minyak di api yang panas, Mas Idayu mengakui dia berang apabila Aman sudah mula menyekat nombor Nur Dayini di aplikasi Whatsapp dan tidak menghubungi langsung anaknya sejak mereka pulang dari umrah pada Februari lalu.

“Sekarang ni profil foto pun dah tak ada, mesej pun tak sampai itu bukti mereka sekat kami. Aku tak kisah jika Aman nak menyebelahi isterinya tapi biar dengan cara cerdik. Walaupun dah berpisah, aku kenal Aman macam mana. Dia tak pandai nak sekat orang di Whatsapp, Instagram, Aku bukan nak puji bekas suami tapi aku kenal dia,”

Dalam pada itu, penyanyi lagu Senggol Senggolan, Cubit Cubitan ini berharap Aman tidak sama sekali melupakan anak perempuannya itu. Tambahnya lagi, mereka berdua jauh sekali mengharapkan wang ringgit kerana mereka mampu menanggung hidup mereka sendiri tetapi hanya ingin menyambung kasih sayang antara anak dan bapa yang sekian lama terputus.

View this post on Instagram

Happy 1st of syawal ??

A post shared by DannyShah (@d4nny.shah) on

 Mengimbas kembali, Mas Idayu dan Aman Graseka berkahwin pada tahun 1997 namun berpisah pada tahun 2006. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Dayini. Aman kemudian mendirikan rumah tangga dengan seorang model iaitu Reena pada tahun 2018 dan telah dikurniakan cahaya mata lelaki, Aishymir Mateen Shah Aman Shah yang kini berusia setahun.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...