Malaysia Airlines Akan Melakukan Penerbangan Semula Ke Sabah Dan Sarawak

Trending

Malaysia Airlines Akan Melakukan Penerbangan Semula Ke Sabah Dan Sarawak

Malaysia Airlines Berhad (MAS) dikhabarkan akan membuat penerbangan semula ke Sabah dan Sarawak.

Difahamkan, penyambung semula operasi penerbangan itu akan dilakukan dibeberapa kawasan iaitu dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri dan Kota Kinabalu.

Advertisement

Namun, operasi ini dikatakan hanya akan dilakukan sekali seminggu sahaja. Walau bagaimanapun, persediaan dalam meningkatkan kekerapan penerbangan akan dilakukan sekiranya terdapat banyak permintaan dari penumpang.

Gambar Hiasan

Kementerian Pengangkutan tidak pernah mengarahkan syarikat-syarikat penerbangan seperti MAS, AirAsia dan Malindo untuk menghentikan operasi mereka ke Sabah dan Sarawak.

Untuk pengetahuan anda, keputusan menghentikan operasi penerbangan ini telah dibuat oleh syarikat penerbangan itu sendiri berikutan jumlah penumpang yang turun mendadak sehingga mencecah 10 ke 15 peratus akibat masalah penularan Covid-19 di negara kita.

Keputusan drastik tersebut terpaksa dibuat kerana ia boleh menyebabkan MAS mengalami kerugian yang besar dan berupaya memberikan implikasi lebih buruk sekiranya operasi penerbangan diteruskan.

Walau bagaimanapun, penerbangan semula yang akan dilakukan telah diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).

Turut dijelaskan, perkara ini adalah bertujuan untuk memudahkan penumpang dari Sabah dan Sarawak yang selesai menjalani kuarantin wajib selama 14 hari untuk pulang ke negeri masing-masing.

Selain itu, ianya juga dibenarkan untuk beroperasi ekoran masalah penumpang yang transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan jika tiada penerbangan yang dibuat sehingga 1 Mei, ini bermakna penduduk Sabah dan Sarawak tersebut perlu berada di KLIA dalam jangka masa yang lama, sedangkan kerajaan hanya dapat menyediakan pusat tinggal sementara sahaja untuk mereka di situ.

MASWings juga akan menyambung semula operasi domestik dengan penerbangan untuk laluan Miri dan Bintulu, Kuching dan Sibu, serta Sibu dan Bintulu.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...