Maryam Tekad Nak Besarkan Anak Ikut Adat Melayu – “Kalau Budaya Korea Cukuplah Dia Tahu Sejarah..”

Trending

Maryam Tekad Nak Besarkan Anak Ikut Adat Melayu – “Kalau Budaya Korea Cukuplah Dia Tahu Sejarah..”

Pempengaruh media sosial, Maryam Younare memaklumkan dia ingin membesarkan anaknya, Rina mengikut adat dan budaya bangsa Melayu.

Walaupun berasal dari Korea Selatan, Maryam berkata cukuplah anaknya mengetahui tentang serba sedikit tentang sejarah negara asalnya.

Advertisement

Saya nak dia membesar sebagai Melayu sebab dia lahir di Malaysia dan dia memang orang sinilah. Kalau budaya Korea, sekurang-kurangnya dia tahulah.

Tahu pasal sedikit sejarah, cukuplah. Tapi saya memang nak dia lebih menjadi Melayu.

Namun, isteri kepada Ryzal Ibrahim itu memaklumkan dia tetap mendedahkan anaknya dengan bahasa negara asal dan lebih selesa bertutur dalam bahasa Korea.

Saya cakap Melayu dan Korea, tapi kebanyakan masa saya akan cakap Korea.

Jelas Maryam lagi, apabila menggunakan bahasa ibundanya, dia dapat mengekspresikan rasa sayang itu dengan lebih baik dengan anaknya.

Kalau cakap Inggeris atau bahasa Melayu, rasa sayang tu tak sampai sangat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Mira view chin
10 months ago

Selepas Beberapa Bulan Teruk Dikecam, View Chin & Mira Kembali Buat ‘Live’ Bersama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...