“Maryam Sendiri Cakap ‘Sad'” – Mawar Karim Risau Anak Mengadu Lepas Bercuti Dengan Fizo Omar

Hiburan

“Maryam Sendiri Cakap ‘Sad'” – Mawar Karim Risau Anak Mengadu Lepas Bercuti Dengan Fizo Omar

Bekas isteri kepada Fizo Omar iaitu Mawar Karim telah berkongsi foto yang memaparkan anaknya Wan Maryam berdiri seorang diri ketika bercuti di Johor Bahru bersama Fizo Omar dan isteri.

Perkongsian Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata mendakwa Mawar seakan-akan belum ‘move on’.

Advertisement

Berikutan itu, Mawar menjelaskan bahawa dia menerima foto Maryam itu daripada individu yang dirahsiakan identitinya.

Ada hamba Allah yang hantar gambar dekat saya. Jadi mana-mana ibu akan buat yang terbaik untuk anak-anak.

Terdahulu, perkongsian Mawar di InstaStory itu seolah-olah menyifatkan percutian anaknya bersama bekas suami di LegoLand Malaysia tidak seindah yang disangka.

Mawar turut memuat naik video Maryam yang menyebut perkataan trouble dan sad ketika disoal kenapa dia berdiri sendirian di sana.

Maryam cari daddy.. panggil daddy. Maryam sad.

maryam

Dalam pada itu, Mawar turut menjelaskan dakwaan segelintir netizen yang mempertikaikan tindakannya yang kini dilihat tidak lagi berkongsi foto bersama anak perempuannya itu.

Saya bukan la seorang yang setiap lima minit buat live letak Maryam, setiap 10 minit buat IG Story ada Maryam.

Menurutnya, masa bersama Maryam amat privasi. Malah, dia juga pernah ditegur untuk jangan selalu berkongsi gambar atau aktiviti anak kerana takut penyakit Ain dan hasad dengki manusia.

Kubur Upin Ipin
3 years ago

Kecoh Kubur Upin Ipin Ditemui Di Indonesia, Ini Respon Pengasas Les' Copaque

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...