Marvel Sahkan Dua ‘Post Credit’ Untuk Captain Marvel Sekaligus Jadi Klu Untuk Avengers: The End Game

Trending

Marvel Sahkan Dua ‘Post Credit’ Untuk Captain Marvel Sekaligus Jadi Klu Untuk Avengers: The End Game

Setiap filem terbitan Marvel, pasti pada penghujungnya akan diselitkan ‘post credit’ bagi memberi bayangan atau klu kepada filem-filem yang lain seperti Captain America, Iron Man, Thor dan juga Avengers.

marvel

Advertisement

Pada filem Avengers: Infinity War yang lalu, ramai yang mengetahui Captain Marvel merupakan hero terbaharu yang mungkin menjadi salah satu penyelamat bagi siri Avengers yang seterusnya iaitu Avengers: The End Game.

Justeru, pastinya ramai yang tidak sabar untuk menonton filem Captain Marvel bagi mengetahui apa sebenarnya yang akan berlaku di dalam Avengers: The End Game.

marvel

Bagi menambahkan lagi keterujaan anda, Marvel sudah mengesahkan akan ada dua babak post credit untuk filem ini. Selain itu, terdapat satu babak khas buat mendiang Stan Lee pada permulaan filem Captain Marvel sebagai tanda penghormatan.

marvel

Captain Marvel merupakan filem adiwira wanita pertama oleh Marvel Studios yang telah diumumkan penerbitannya secara rasmi pada Oktober 2014.

r 2014. Filem yang diadaptasi daripada watak komik Marvel itu menampilkan Brie Larson sebagai Captain Marvel.

marvel

Turut menjayakan filem tersebut ialah Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury, Ben Mendelsohn sebagai Talos dan ramai lagi.

Filem sentuhan pengarah hebat Anna Boden dan Ryan Fleck itu akan mula menemui penonton pada 8 Mac 2019.

Sumber Berita: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...