Makin panas nampaknya kisah rumah tangga Puteri Sarah bersama suami, Syamsul Yusof.
Baru-baru ini, Puteri Sarah didakwa ada memberi ‘hint’ yang mengatakan suaminya itu yang juga pengarah terkenal telah bernikah dengan Ira Kazar.
Terbaru, pelakon jelita itu tampil meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia dituduh gilakan harta suami oleh sesetengah pihak.
Tulisnya di Instagram Story, dia bekerja untuk mendapat wang malah menggunakan pendapatannya sendiri jikalau ingin bercuti.
Work hard, play hard. Cuma hairan, kenapa I pula yang dikata nak harta suami? Pergi holiday pun guna duit sendiri. Yang belah sana minta macam-macam.
Malah, Puteri Sarah juga mengatakan ‘pihak sana’ yang sebenarnya meminta pelbagai benda seperti duit dan kereta.
Yang belah sana tu minta macam-macam. Keretalah, duitlah. Siapa yang kerja? Siapa yang meminta? Funny, maruah takda kerana duit.
Dalam pada itu, ibu kepada Syamsul Yusof juga turut meluahkan rasa sedih terhadap perkara yang terjadi ke atas rumah tangga anak sulungnya itu.
Kata Datin Fatimah Ismail, ada pihak yang cuba memisahkan cucunya daripada Syamsul dan sepatutunya si ayah perlu berada di sisi anak untuk memberi sokongan.
“Mereka perlukan sokongan seorang ayah yang akan membela nasib mereka. Namun ada tangan yang kejam memisahkan mereka.” tulis ibu mentua kepada Puteri Liyana itu di Instagram Story, baru-baru ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.