Martabak Naik Harga? KPDN Maklum Sebab Bawang, Daging Import Makin Mahal

Kehidupan

Martabak Naik Harga? KPDN Maklum Sebab Bawang, Daging Import Makin Mahal

Memetik Kosmo Online, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa isu kenaikan harga makanan martabak yang dijual di bazar Ramadan pada ketika ini disebabkan oleh kos pengimportan.

Menurut Fuziah Salleh selaku Timbalan Menteri agensi tersebut, maklumat itu diperolehnya hasil pemantauan ketika turun padang ke kawasan bazar Ramadan oleh pasukan penguatkuasaannya pada setiap hari.

Advertisement

Murtabak

Berhubung isu tular mengenai martabak naik harga, ia memang disebabkan oleh faktor harga bawang besar dari India diimport ada kenaikan ketara.

Ujarnya lagi, selain bawang India, harga daging import juga naik dan ia memberikan kesan tekanan rantaian secara tidak langsung kepada penjualan martabak.

Kami faham margin keuntungan mereka jatuh namun KPDN dimaklumkan bahawa ada yang terus kekal harga meskipun laba (keuntungan) diperoleh tidak banyak seperti dahulu.

MurtabakSumber : Google  

Ops Pantau yang dijalankan KPDN telah memeriksa 3,099 premis dengan 126 aduan diterima serta 11 kes siasatan telah dibuka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rapper
9 months ago

(VIDEO) Suara Ibarat 'Seksaan Kubur', Nyanyian Rapper Wanita Malaysia Ini Dikecam - "Siap Pakai Salib Di Instagram"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...