Written by AbangNara | November 30th, 2008

Terkejut beruk juga bila baca BiPop hari ini yang mengeluarkan gossip Marsha Milah Londoh gugurkan kandungan yang berusia 3 minggu. Bila masanya pulak bintang Akademi Fantasia ini berkahwin sampai boleh ada anak? Bila pulak Marsha dah ada pakwe? Macam-macam persoalan datang terus kat kepala ini.

Nasib baiklah bila baca ruangan gossip itu sepenuhnya, Marsha berjaya dihubungi dan menafikan khabar angin yang entah apa-apa tersebut. Marsha memberitahu yang dia masih pandai menjaga tata susila peradaban orang Asia. Tak mungkin dia nak buat begitu.

Yang pentingnya sebenarnya khabar angin Marsha mengandung dan gugurkan janin ini telah tersebar menerusi Internet sejak awal tahun lalu. Sampai sekarang masih hangat lagi gossip ini. Itulah bahayanya dunia Internet jika tak dikawal.

Apa-apa pun, Marsha masih sempat menyelitkan yang dia masih berkawan tapi mesra dengan seorang lagi bintang AF, Keifli. Buat masa ini kedua-duanya masih tidak ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga kerana masing-masing nampaknya sibuk dengan karier. \

Harap-harap bintang Marsha yang cun melecun, putih dan pandai bergaya terus bersinar. Dengan siri drama Keranamu Karina dah pun masuk musim ke 3, nampaknya Marsha boleh dikatakan antara bintang Akademi Fantasia yang berjaya berbanding rakan-rakannya yang lain.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.