December 30th, 2015

Setelah foto beliau bertunang serta kad perkahwinan beliau mula tersebar secara meluas di Internet, Marsha Milan Londoh akhirnya mengakui beliau sudah memeluk agama islam dan bakal berkahwin dengan kekasihnya Mohamed Shaiful Nizam yang merupakan seorang ahli perniagaan pada 31 Disember (esok).

Marsha turut menjelaskan beliau mengambil sedikit masa untuk mengumumkan tarikh perkahwinan beliau kerana mahu menyelesaikan beberapa perkara penting tentang majlis raja sehari beliau.

Ya saya sudah memeluk agama Islam. Segalanya berjalan lancar seperti apa yang dirancang. Apa yang saya harapkan penghijrahan saya ini tidak disensasikan kerana ia terlalu peribadi buat saya”

Apa yang saya mohon di sini jangan dihebohkan perkara ini kerana semuanya sudah selesai demi menghormati kedua belah pihak.

Saya memilih untuk lebih berdiam diri dari berbicara tentang perancangan perkahwinan saya kepada pihak media kerana ada banyak hal yang kami perlu uruskan sebelum ini. Setelah mencapai kata sepakat diantara keluarga dan beberapa perkara sudah disahkan barulah kami bersedia memberi jawapan yang pasti kepada umum.

Berkenalan dengan Shaiful sejak 10 tahun lalu dan mula bercinta sekitar tahun 2013, beliau menyifatkan bakal suaminya itu seorang yang ikhlas, hormat akan ahli keluarga beliau dan yang paling penting beliau seorang yang jujur.

Majlis pernikahan Marsha dan Shaiful akan diadakan secara tertutup tanpa sebarang liputan daripada pihak media. Bakal mengenakan busana rekaan Rizalman Ibrahim, majlis resepsi mereka pula akan diadakan pada 8 Januari 2016 bertempat di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Tahniah kami ucapkan kepada Marsha Milan Londoh dan pasangan, tinggal satu hari lagi untuk mereka bergelar pasangan suami isteri. Harapnya, Shaiful selepas ini dapat membimbing Marsha untuk mengenali Islam dengan lebih dekat.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...