Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Marsha Milan Bakal Ikut Jejak Stacy Peluk Agama Islam?

Baru-baru ini, penyanyi terkenal Stacy telah mengumumkan bahawa beliau secara sah telah memeluk agama Islam di Jabatan Agama Islam Johor ditemani ibu bapanya serta ibu bapa Akim Ahmad. Rata-rata peminat nampaknya menerima baik berita tersebut termasuklah rakan beliau, Marsha Milan Londoh.

Malah, Stacy sebelum ini pernah meminta pendapat daripada Marsha ketika meluahkan hasrat untuk memeluk Islam. Marsha sebenarnya merasa gembira apabila Stacy kini telah memilih jalan yang selama ini beliau inginkan.

Advertisement

Stacy pernah bertanyakan pendapat dan meminta pandangan dari saya mengenai hasratnya untuk memeluk agama Islam. Semua itu berlaku sebelum dia memeluk Islam lagi.

Saya gembira akhirnya dia telah menemui jalan yang dia mahukan selama ini dan Stacy itu sudah saya anggap seperti adik saya sendiri.

Sedang menyulam kasih dengan seorang jejaka Melayu, ada pihak yang bertanya bila pula Marsha akan memeluk Islam? Menjawab persoalan tersebut, Marsha memberitahu perkara tersebut agak peribadi buat beliau dan akan mengumumkannya bila tepat pada masanya nanti.

Kalau nak masuk Islam ini biarlah bukan kerana bercinta dengan jejaka Melayu semata-mata. Kita tidak boleh paksa Marsha untuk menukar agamanya dan biarlah ia berlaku dengan ikhlas daripada hatinya sendiri.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama