Lumrah bagi orang sudah berkahwin, pasti ramai yang akan tanya bila hendak dapat cahaya mata. Kata orang ia ibarat satu doa juga namun  buat Marsha Milan yang berkahwin pada Disember tahun lepas, beliau akui pertanyaan seperti itu kadang-kala memberikan beliau tekanan untuk mendapatkan cahaya mata dengan cepat.
Walaubagaimanapun, Marsha yakin satu hari nanti beliau dan suami, Mohamed Saiful Nizam akan diberikan peluang untuk bergelar ibu dan bapa. Lagipun, mereka berdua belum lagi setahun berkahwin.
Sejujurnya saya agak tertekan kerana memang teringin menimang anak hingga tanda kecil pun membuatkan saya cepat teruja, sedangkan ia sekadar memberi harapan palsu. Bukan disebabkan orang bertanya tetapi mungkin saya sendiri terlalu mengharap.
Apa pun saya cuba hindari tekanan kerana kami pun baharu enam bulan bergelar suami isteri. Banyak waktu lagi untuk menunggu berita baik itu. Pasti ada rezeki nanti dan kami perlu banyakkan doa serta bersabar.
Pertama kali menjalani ibadah puasa sebagai seorang Muslim, Marsha tidak dapat mengungkapkan betapa terujanya beliau menyambut Ramadhan dan menunaikan solat terawih dengan suami tercinta yang tidak pernah berputus asa memberikan sokongan kepadanya.
Sukar untuk saya ungkapkan keterujaan berpuasa dan bersolat terawih sebagai umat Islam. Ia meninggalkan kesan mendalam hingga membuatkan hati digamit rasa terharu berpeluang menjalani ibadah ini buat pertama kali. Saya sebenarnya sudah banyak kali berpuasa ketika berada di Akademi Fantasia dulu. Cuma bezanya kali ini ibadah itu disertakan dengan pahala.
Relaks Marsha tidak perlu terlalu tertekan, biarlah rezeki anak itu diserahkan kepada takdir seiring dengan usaha anda. Sekarang manja puas-puas dengan suami dulu. Hehe..