January 7th, 2016

Seronok mendengar Marsha Milan Londoh bercerita tentang konsep pahala selepas bergelar isteri kepada Mohamed Shaiful Nizam baru-baru ini. Iyerlah, Marsha baru sahaja memeluk Islam. Sudah tentu banyak yang perlu dipelajari. Konsep pahala ini bukanlah sesuatu yang mudah. Namun bagi seorang isteri, senang sahaja nak dapat banyak pahala. Cuma perlu gembirakan hati suami, jaga suami elok-elok, dengar cakap suami dan sebagainya. Confirm banyak pahala dapat.

marsha pahala

Marsha jelas memahami kepentingan menjaga suami. Abang Nara juga rasa teruja apabila membaca keterujaan Marsha bergelar seorang isteri. Insya Allah bahagia sehingga ke akhir hayat. Kata Marsha:-

Baru saya tahu, kelebihan menjaga suami mendatangkan banyak pahala dan pahala itu juga adalah bekalan buat kita ke syurga. Itu membuatkan saya lebih seronok bergelar seorang isteri. Alhamdulillah, syukur.

Satu permulaan yang baru dan banyak perkara baru saya perlu belajar. Maklumlah sebelum ini hidup sendiri, sekarang dah bersuami, jadi kenalah siapkan makan, pakaian suami dan perkara lain.

Apa-apapun saya sangat gembira dan berasa bertuah dan teruja untuk menjadi seorang isteri yang terbaik InsyaAllah

marsha pahala

Semoga rumahtangga yang dibina oleh Marsha dan Shaiful akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata dalam masa terdekat ini. Sama-samalah kita doakan. Semoga Marsha dan suami bersatu hati membuat pahala sebanyak mungkin semampu yang boleh. Good luck and all the best. Sumber Mstar Online.

maleena

P.S: Yeah!!! Stock clearance kaw-kaw daripada www.maleena.my sehingga 9 Januari ini. Bertindak cepat stok dah semakin surut. Kalau terlambat memang menyesal. Memang murah sangat-sangat. Jangan lupa ikuti Facebook Maleena dan follow Instagram @maleenaofficial untuk tidak terlepas update terbaru.


Comments are closed.

Loading...