Penyanyi Marsha Milan Londoh berkata dia masih belum berjumpa dengan pihak Orange International Entertainment berhubung konsert Sumandak Stars yang dijadualkan berlangsung pada 30 November ini.
Dia juga enggan mengulas lanjut mengenai isu kontroversi melibatkan konsert itu sebelum ini.
Sejujurnya saya tak mahu cakap lebih sebab tiada informasi langsung mengenai konsert cuma boleh harapkan dapat dijayakan dengan sempurna.
Lagipun konsert ini mengetengahkan konsep bagus yang mana menggabungkan semua penyanyi Sabahan. Saya juga belum berjumpa dengan pihak penganjur lagi untuk berbincang. Kontrak semua biarlah menjadi rahsia dahulu, saya tidak berani cakap apa-apa lagi.
Marsha dalam pada itu enggan memberi komen mengenai tindakan rakan selebriti, Stacy yang menarik diri dari konsert tersebut.
Saya yakin Stacy ada alasan tersendiri dan pasti dia perlu melindungi hak dia. Bagi saya apa yang penting, penyanyi lain perlu fokus dan pihak penganjur harus teliti dengan konsep.
Dia walau bagaimanapun berharap konsert tersebut dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.