“Marketing Tak Kena Gaya” – Gadis Selit ‘Business Card’ Di Kedai Buku Undang Kecaman Netizen

Kehidupan

“Marketing Tak Kena Gaya” – Gadis Selit ‘Business Card’ Di Kedai Buku Undang Kecaman Netizen

Baru-baru ini tular satu ciapan daripada seorang pengguna Twitter yang berkongsi video memaparkan seorang pelanggan yang datang ke sebuah kedai buku dan betindak meletakkan business card miliknya di dalam beberapa buku yang dijual di kedai tersebut.

Advertisement

Pengguna Twitter dikenali sebagai Ruby itu juga merupakan staff pekerja di kedai buku tersebut telah meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pelanggan yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi ciapan tersebut, kejadian itu berlaku di kedai buku Kinokuniya dan perkongsian video itu telah mendapat perhatian daripada orang ramai.

kino

Please jangan buat macam ni. Kalau you nak orang follow you, you promote la. Buat review buku ke, share gambar buku ke.

Menurutnya, mereka juga kekurangan staff untuk membuang buisness card yang diselitkan oleh gadis itu. Malah, tindakan itu juga boleh meninggalkan persepsi buruk oleh pelanggan lain terhadap kedai buku tersebut.

Kalau customer jumpa tu kalau dia complain macam mana? Customer kitorang ni semua benda nak complain. Staff juga yang kena.

@shotahime

I truly apologize if my actions has affected anybody in Kinokuniya #booktokmalaysia #booktok #kinokuniya

? original sound – blair de lune – blair de lune

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen turut mengecam tindakan gadis itu yang dianggap cuba untuk mendapatkan free marketing.

“Ni betul-betul guerilla marketing huhu. Selit situ sini tumpang-tumpang, sorok-sorok,” tulis seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bayi meninggal dalam kandungan
3 years ago

(VIDEO) Ibu Reda Bayi 16 Minggu 'Kecut' Dalam Kandungan Lepas Dijangkiti COVID-19

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...