Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang membangkitkan isu wang bernilai RM0.05 sen yang sering ‘dihalalkan’ peniaga di sebuah ‘outlet’ kedai kopi dengan alasan tiada wang kecil untuk dikembalikan kepada pembeli.
Pendapat lelaki tersebut walau bagaimanapun menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen. Ada yang merasakan isu itu sebagai remeh dan ada juga yang menyokong penulisan individu itu di Facebook miliknya baru-baru ini.
Berikutan itu, syarikat kedai kopi itu menerusi media sosial mereka telah ambil maklum mengenai isu tersebut dan menawarkan diskaun RM0.75 kepada pelanggan yang ingin membeli kopi itu dengan beberapa terma dan syarat.
Ada netizen menyambut baik tawaran yang diberikan syarikat kedai kopi itu namun ramai juga yang menganggap mereka cuba untuk ‘menunggang’ isu tersebut dengan baucar yang tidak munasabah.
For all the 5 sen we couldn't return…
Sorry.
Here's 75 sen off for the inconvenience ?
Voucher Code: 75SEN
— ZUS Coffee® (@ZusCoffee) September 30, 2022
Minta maaf betul-betul la. Tak payah nak bagi voucher 75 sen tu dan sediakan duit 5 sen yang mencukupi kepada setiap premis.
Zaman ekonomi meleset ni jangan buat main, 5 sen pun rakyat ambil kira tau!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.