“Marketing Macam B*ngang!” – Berebut Baju Raya RM1 Sampai Mencuri, Pijak Ibu Mengandung

Kehidupan

“Marketing Macam B*ngang!” – Berebut Baju Raya RM1 Sampai Mencuri, Pijak Ibu Mengandung

Tular di media sosial hari ini mengenai insiden orang ramai yang bersesak-sesak di hadapan sebuah butik di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.

Dalam video itu, kelihatan orang ramai berpusu-pusu memasuki butik berkenaan bagi mendapatkan promosi hari raya baju Melayu RM1 dan baju kurta percuma bagi 100 orang pertama.

Advertisement

Sejurus pintu dibuka, keadaan menjadi huru hara sehingga keadaan tidak menjadi terkawal meskipun terdapat anggota Rela yang sedang bertugas.

Ada juga yang bertindak mencuri barangan di dalam kedai, berhimpit-himpit dengan kanak-kanak dan ibu mengandung sehingga ada yang bertelingkah kerana memotong barisan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan bahawa pihakny ada menerima aduan mengenai insiden tersebut.

Beliau turut menasihati agar para peniaga untuk tidak melakukan promosi yang boleh mewujudkan ketegangan dan keresahan orang awam.

“Pada masa sama, pemilik perniagaan perlu bertimbang rasa dan mengelak daripada membuat promosi yang boleh mengelirukan orang ramai bagi mengelakkan situasi sama berulang” ujarnya lagi.

dr rafidah khairul aming
1 year ago

"Banyak Sangat Minyak Ni.." - Dr Rafidah Tegur Khairulaming Buat Resipi Terlampau Banyak Minyak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...