Mark Zuckerberg Rugi RM25 Bilion Dalam Beberapa Jam

Teknologi

Mark Zuckerberg Rugi RM25 Bilion Dalam Beberapa Jam

Tengah malam tadi, seluruh dunia mengalami gangguan sama apabila tidak dapat membuka aplikasi WhatsApp, Facebook dan Instagram. 3 aplikasi ini tidak dapat diakses selama beberapa jam dan kembali pulih pada awal pagi tadi.

8 bulan lalu

"Cecah RM103 Juta" - Facebook Dedah Nilai Tanggungan Mark Zuckerberg Tahun Lalu

Advertisement

Bagaimanapun, masalah yang berlaku itu sebenarnya telah menyebabkan manusia terkaya di dunia jatuh satu anak tangga. Lelaki itu adalah Mark Zuckerberg yang juga merupakan pemilik kepada ketiga-tiga aplikasi media sosial ini.

Mark dilaporkan telah mengalami kerugian sebanyak AS$6 bilion (RM25 bilion) hanya dalam beberapa jam sahaja. Penurunan ini berpunca selepas penjualan saham berlaku secara besar-besaran dan menjunam sehingga 4.9 peratus. Ini menjadikan saham Facebook Inc telah menurun sebanyak 15 peratus sejak September 2021.

Mark kini berada di bawah Bill Gates

Berdasarkan laporan Bloomberg Billionaires Index, kekayaan Mark juga telah merosot daripada AS$140 bilion (RM584.7 bilion) kepada AS$121.6 bilion (RM507.8 bilion). Ini menyebabkan Mark berada di tempat kelima terkaya di dunia dibelakang Bill Gates.

Mark mohon maaf kepada semua pengguna perkhidmatannya

May be an image of 3 people, people standing, suit and indoor

Advertisement

“Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger kini telah kembali beroperasi. Maaf atas gangguan yang berlaku hari ini. Saya tahu bagaimana anda bergantung kepada perkhidmatan kami untuk berhubungan bersama mereka yang anda sayangi.” – Katanya.

Jadi apa yang korang buat sepanjang semua aplikasi ini bermasalah malam tadi? Apapun buat korang yang tengah bergaduh dengan awek sebab lambat balas WhatsApp tu bertabahlah.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...