Pengasas laman sosial popular di dunia Facebook, Mark Zuckerberg menyambut hari lahirnya ke 32 pada minggu lalu tanpa membuat sebarang majlis secara besar-besaran.
Kekayaan CEO Facebook itu sekarang telah pun mencecah US$51.8 billion (RM208 billion) yang bermakna jika dikira dari sudut hari, dia sudah berjaya membuat RM17 juta sehari dari hari dia lahir sehingga sekarang.
Kekayaan Zuckerberg itu kini juga turut mengatasi kekayaan pengasas Microsoft, Bill Gates yang sudah berumur 60 tahun. Fuhh!
Mengikut perkiraan secara matematik, secara purata sepanjang hidupnya selama 60 tahun, jumlah pendapatan harian Gates adalah sebanyak US3.5 million (RM14 juta)
Sepanjang tahun lalu, saham Facebook telah mencapai kenaikan sebanyak 53 peratus, jauh mengatasi kebanyakan syarikat-syarikat laman sosial seperti Twitter dan LinkedIn.
Bagaimanapun, Zuckerberg dan isterinya tidak bercadang untuk memegang saham Facebook buat selama-lamanya. Mereka sebelum ini telah mengumumkan akan menderma saham syarikat itu sebanyak 99 peratus untuk tujuan kebajikan.