May 15th, 2015

Kalau sebut Mark Ruffalo, mungkin ramai pengikut hiburan di Malaysia tidak kenal. Tetapi kalau sebut Dr. Bruce Banner dan alter-ego beliau iaitu The Incredible Hulk dalam filem Avengers dan Avengers: Age of Ultron mesti ramai yang tahu.

Melalui akaun Twitternya, pelakon yang membintangi filem 13 Going On 30, Zodiac dan Now You See Me itu ialah selebriti Hollywood pertama mengucapkan selamat datang kepada negara Palestin secara umum apabila negara Vatican mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara semalam. Dalam Tweetnya, pelakon itu mengucapkan:

Selamat datang ke dunia, Palestin.


Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara oleh Vatican secara rasmi dalam satu perjanjian. Perjanjian itu bagaimanapun masih belum ditandangani.

PST2015 kembaLi menemui ANDA pada 29 & 30 Mei ini…membawakan Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN) dengan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 7 May 2015


Comments are closed.

Loading...