Nama pelakon dan penyanyi Abby Abadi serta anak perempuannya, Marissa Dania menjadi bualan hangat sejak beberapa hari lalu.
Susulan kenyataan dibuat Abby berhubung perkahwinan Marissa yang menurutnya toksik, hal tersebut menjadi topik perbincangan ramai di media sosial.
Abby juga ada berkongsi tentang itu menerusi siaran langsung di TikTok yang memaklumkan Marissa kini dalam keadaan baik meskipun dia lantang bersuara tentang perkahwinannya.
Ujar ahli kumpulan Elite itu, anak keduanya itu masih memerlukan masa dan kekuatan untuk memberanikan diri meninggalkan hubungan tersebut.
Dia berada dalam keadaan yang perlu dibetulkan dan kita kena bantu dia. Marissa okay saja. Dia memang nak diselamatkan dan keluar tetapi dia kata bagi masa. Saya kata dengan dia jangan buang masa. Lari, lari (daripada hubungan toksik).
Meski sedang bekerja dan menjual produknya ketika siaran langsung, Abby tetap menjawab soalan-soalan penonton yang bertanyakan tentang keadaan Marissa.
Setakat ini, kedua-dua Marissa dan Aslam masih berdiam diri dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan atau memberi respon terhadap apa yang dikatakan Abby.
View on Threads