Baru-baru ini, suami kepada pempengaruh, Marissa Dania Hakim iaitu Aslam menganggap hantaran petanda galau yang dimuat naik oleh isteri mudanya itu hanya sekadar perkongsian biasa yang kemungkinannya telah membuat ramai salah faham.
Tak ada kuasa halang netizen buat spekulasi
Menurut Aslam atau nama sebenarnya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 25, dirinya tiada kuasa untuk menghalang hal rumah tangga dengan kedua-dua isteri termasuk Umisya Mazlan menjadi bualan warganet serta dijadikan spekulasi untuk konten Instagram.
Seperti perkongsian dibuat Marissa yang menggunakan latar lagu. Ada pihak salah anggap. Lagu pun ada banyak (jenis), lirik juga macam-macam. Ada yang maksudnya kita sendiri susah faham.
View this post on Instagram
Lagu sedih dimuat naik Marissa tidak bermaksud apa-apa
Katanya lagi, mungkin seseorang menggunakan lagu hanya kerana suka, bukannya menyampaikan mesej tersembunyi.
Difahamkan, Aslam mengulas persoalan tersebut selepas Marissa berkongsikan hantaran berlatarkan lagu nyanyi penyanyi Indonesia, Shabrina Leanor berjudul Pendampingmu yang mempunyai maksud insan kesayangan serta nilai cinta.
Sekadar info, Marissa dan Aslam berkahwin di Thailand sewaktu Umisya yang sewaktu itu sedang mengerjakan ibadah umrah hingga membuatkan ramai berasa marah.