Akhirnya bersuara, anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim tampil memohon maaf kepada mereka yang terjejas dengan kontoversi yang melanda dirinya sebelum ini.
Marissa mohon maaf
Ujar Marissa, dia memohon ruang daripada orang ramai bagi menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa dicampuri pihak luar.
Saya mohon maaf kerana sudah melukakan hati banyak pihak termasuk keluarga. Saya bukan mahu mengelak atau melarikan diri, sebaliknya saya mahu menjaga nama baik keluarga dan semua pihak yang terbabit.
Ini adalah jalan yang saya dan Aslam pilih. Jadi saya mohon semua pihak beri ruang untuk kami menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.
Keluarga dah terima Aslam
Tambahnya lagi, kunjungan Aslam pada hari lebaran tempoh hari telah membuka pintu hati keluarganya untuk memafkan suami sekaligus menerima kehadiran Aslam dalam keluarga mereka.
Saya akui pernikahan kami mendapat tentangan daripada keluarga. Tiada ibu bapa yang bersetuju dengan pilihan seperti ini, lebih-lebih lagi usia saya yang masih muda.
Saya dan Aslam tidak mahu hubungan kekeluargaan ini terputus atau dilanda masalah. Jadi kami kuatkan semangat dan harunginya bersama.
Namun begitu, Marissa engan mengulas lanjut mengenai hubungannya bersama madu, Umisya Mazlan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.