Hantaran terbaru Marissa Dania di TikTok mencuri perhatian dan mengundang rasa sebak ramai warganet selepas dia berkongsi foto yang disunting bersama dirinya sewaktu kecil.
Menerusi hantaran itu, anak Abby Abadi dan Norman Hakim tersebut telah menyunting fotonya pada waktu kecil dirinya kini sedang berpelukan mesra.
Hantaran itu tidak mempunyai kapsyen namun lagu Putar Waktu nyanyian Mahalini digunakan Marissa untuk foto tersebut menyentuh hati netizen.
Antara bait lirik lagu itu berbunyi,
Seandainya bisa ku putar waktu, kan ku kembali ke masa kecilku. Tak harus mengerti rasanya pilu. Hadapi kerasnya dunia.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berkata lagu berkenaan seolah-olah menceritakan isi hati pempengaruh berkenaan.
Dalam pada itu, ramai turut memberikan kata-kata semangat dan pesanan buat Marissa agar terus tabah dalam mengharungi ujian dalam kehidupannya.
Terdahulu, rumah tangga Marissa dan suaminya, Aslam menjadi bualan ramai selepas Abby Abadi memuat naik beberapa hantaran seolah-olah memberi gambaran mahu anaknya berpisah.