Marissa Dania Ambil Tindakan Undang-Undang? – “Bila Dah Sampai Masa, Tiada Siapa Akan Tolong Awak”

Hiburan

Marissa Dania Ambil Tindakan Undang-Undang? – “Bila Dah Sampai Masa, Tiada Siapa Akan Tolong Awak”

Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim, dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa mencemarkan maruahnya melalui kenyataan negatif yang disebarkan di media sosial.

Dalam perkongsian di Instagram, Marissa memuat naik tangkap layar yang dihantar oleh salah seorang pengikutnya di TikTok, menunjukkan individu tersebut secara terbuka menghina dan memperlekeh dirinya. Selain itu, Marissa turut berkongsi tangkap layar surat saman yang didakwa telah dikeluarkan terhadap individu berkenaan.

Advertisement

marissa undang-undang

Marissa menegaskan bahawa apabila masanya tiba, tiada siapa, termasuk penyokongnya, yang akan membantu individu tersebut.

Sebelum ini, individu terbabit memuat naik TikTok Story yang menyatakan pandangannya mengenai Marissa, yang dikaitkan dengan dakwaan dia berbadan dua. Individu itu turut menyiarkan gambar terbaru Marissa sambil menafikan dakwaan tersebut, dengan kenyataan: “Sengetkan badan pun peminat kata mengandung. Delusional sangat.”

Perkongsian ini turut menarik perhatian pengikut individu tersebut, di mana ramai dari mereka turut memberikan komen dan spekulasi mengenai kehamilan Marissa.

marissa dania
2025-08-07 15:06:00

Abby Abadi Luang Masa Bersama Keluarga Di Rumah Marissa, Netizen Perasan Ketiadaan Aslam?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...