Marissa Dania Akhirnya Tampil Bersuara Isu Rumah Tangga, Pilih Selesaikan Secara Peribadi – “Hormati Batasan Kalian Dalam Hal Ini..”

Trending

Marissa Dania Akhirnya Tampil Bersuara Isu Rumah Tangga, Pilih Selesaikan Secara Peribadi – “Hormati Batasan Kalian Dalam Hal Ini..”

Isu rumah tangga pempengaruh terkenal iaitu Marissa Dania bersama suaminya, Muhammad Aslam terus menjadi tumpuan orang ramai apabila hal peribadi keluarga mereka hangat diperkatakan di media sosial.

Baru-baru ini, Marissa telah membuat satu hantaran di aplikasi Threads menjelaskan pendiriannya berhubung perkara itu.

Advertisement

marissa dania

Bagi menjelaskan apa yang telah diperkatakan, saya pun sama je macam kalian semua. Baru dapat tahu pasal semua kenyataan petang tadi.

Dia menegaskan bahawa dia memilih untuk menyelesaikan segala isu secara peribadi tanpa melibatkan sebarang perbalahan terbuka di media sosial.

Dari pihak saya, semuanya saya selesaikan secara peribadi dengan semua yang terlibat. Tiada balas-membalas di media sosial.

Selain itu, dia turut meminta agar semua pihak menghormati batasan dalam menyuarakan hal-hal berkaitan dengan keluarganya.

marissa aslam

Mohon hormati batasan kalian dalam hal ini ya. Saya minta maaf sekiranya ada khilaf dan menimbulkan salah faham.

Sebelum ini, perang media sosial antara Abby Abadi dan Aslam tercetus apabila terdapat pihak yang memintanya memohon maaf kepada isteri pertama Aslam yang juga madu kepada Marissa iaitu Umisya Mazlan.

Walau bagaimanapun, Abby mempersoalkan permintaan itu dan mengatakan menantunya yang perlu datang memohon maaf kepadanya.

Susulan itu, Aslam tampil memohon maaf secara terbuka kepada Abby dan mendakwa dia sudah memohon maaf secara peribadi kepada Abby.

Namun, Abby menafikan kenyataan menantunya yang mengatakan ada membuat permohonan maaf secara peribadi kepadanya.

abby 'sound' aslam
1 day ago

"Bila Minta Maaf Tu? Orang Maki Hamun Anak Saya Kenapa Tak Pernah Pertahankan" - Abby Abadi 'Sound' Aslam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...