“Marilah Beringat Untuk Berbuat Baik..” – Individu Hina Dr Malar Berkenaan Isu Vaksin Secara Melampau Dilaporkan Ma*t Ketika Tidur

Kehidupan

“Marilah Beringat Untuk Berbuat Baik..” – Individu Hina Dr Malar Berkenaan Isu Vaksin Secara Melampau Dilaporkan Ma*t Ketika Tidur

Pensohor media sosial merangkap pengamal perubatan, Dr Malar Santhi, sememangnya dikenali ramai sebagai individu yang aktif berkongsi informasi kesihatan dan perubatan di platform media sosial.

Namun baru-baru ini, Dr Malar berkongsi satu pengalaman yang menyentuh hati apabila beliau mendedahkan bahawa seorang individu yang pernah mengecam serta menghina dirinya secara melampau di media sosial, telah pun meninggal dunia ketika sedang tidur—disebabkan masalah kesihatan hipertensi. Individu tersebut turut meninggalkan seorang anak kecil serta keluarga yang masih memerlukan.

Advertisement

Walaupun menerima kritikan melampau yang menyedihkan, Dr Malar tetap positif dan menganggap perkara itu sebagai ujian dalam perjuangannya menyampaikan ilmu kesihatan kepada masyarakat, terutamanya berkaitan vaksin dan langkah pencegahan penyakit.

dr malar

Susulan insiden itu, beliau tampil menyeru masyarakat agar sentiasa menjaga adab dan pertuturan sesama manusia.

“Kita tak tahu bila ajal akan menjemput. Jadi, sentiasalah bersikap baik dan menghormati orang lain, walaupun berbeza pandangan,” tulis Dr Malar dalam hantaran beliau.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersimpati dan menyokong usaha Dr Malar dalam mendidik masyarakat tentang kesihatan dengan penuh sabar dan dedikasi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rosmah tun hasmah berpeluk di majlis pengebumian tun abdullah
2 hours ago

"Begitu Sayangnya Rosmah Pada Tun Hasmah.." - Video Dua Isteri Bekas Perdana Menteri Berpelukan Curi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...