Mariam Mokhtar: Buang Pengenalan Agama Dan Bangsa Di Kad Pengenalan Untuk Capai Perpaduan

Trending

Mariam Mokhtar: Buang Pengenalan Agama Dan Bangsa Di Kad Pengenalan Untuk Capai Perpaduan

Seorang pengkritik yang lantang bersuara mengenai situasi sosio-politik negara ini telah menggariskan 10 perkara yang dikira boleh membantu mencapai integrasi nasional dan perpaduan.

Advertisement

Mariam Mokhtar berkata, integrasi dengan integriti bukanlah satu mitos, dan boleh dicapai sekiranya halangan-halangan yang memisahkan antara kaum diketepikan dan kita semua ‘mula menghormati budaya dan agama masing-masing’.

Jika anda mahukan integrasi nasional, ini yang patut anda lakukan. Buang pengenalan bangsa dan agama dalam kad pengenalan kita semua, sekat perkauman dan rangka pelan pelaksanan yang dipersetujui bersama untuk mengurangkan jurang kemewahan antara yang berada dan tiada.

Juga, jangan politikkan bahasa, layan rakyat Malaysia timur dan Malaysia barat sama rata, dan benarkan kebebasan media dan kebebasan bersuara.

Dia berkata sedemikian dalam satu ceramah berjudul “Integration with Integrity: Without Fear or Favour” yang diadakan di sebuah hotel ibu kota malam tadi.

Dia mengibaratkan integrasi nasional seperti sebuah perkahwinan, atau perhubungan, yang memerlukan ‘kerja keras, lawak jenaka serta perasaaan saling menghormati’ untuk menjadi sesuatu yang harmoni.

Apa yang berlaku pada 9 Mei telah menyediakan pemangkin terhadap permulaan Malaysia baru. Seterusnya, kita mesti menjana semangat untuk terus maju ke hadapan.

Kita perlu mulakan sekarang. Mungkin kita tidak dapat melihat hasilnya, tetapi anak cucu kita dapat.

Seperti mendiang Dr Tan Chee Khoon, Mariam berkata Malaysia patut mengutamakan perkara-perkara paling penting untuk mempunyai perawakan yang kuat dalam bertindak dengan berintegriti.

Mariam mengaitkan zaman persekolahannya di sebuah sekolah misi, mengimbas semula bagaimana pada waktu itu, zaman persekolahannya ialah cerminan Malaysia yang berbilang kaum, yang diwarisi dari Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

Dia berkata waktu itu, pelajar makan, bermain dan berkerja dengan kanak-kanak perempuan dari berlainan bangsa, agama dan budaya. Mereka juga melawat rumah satu sama lain, terutamanya semasa perayaan Hari Raya, Krismas, Deepavali, Gawai dan Tahun Baru Cina.

Kami berintegrasi antara agama dan budaya dalam cara terbaik. Sekolah misi dan universiti dipandang tinggi.

Sekolah bukan sekadar tempat menimba ilmu. Ia juga tempat kami belajar berdepan dengan cabaran, membina kekuatan, mengatasi kelemahan, menerima tanggungjawab dengan bercampur antara satu sama lain, belajar bersatu dan bertolak ansur.

Bagaimanapun, Mariam sedar bahawa keadaan tidak lagi sama hari ini, di mana pendidikan diremehkan atas nama bangsa, agama dan negara, dan mengorbankan integrasi dan integriti.

Dia berkata ini boleh diterbalikkan dengan mengamalkan 10 perkara asas, iaitu tidak melakukan sesuatu kerana wang; untuk merawat Sindrom Periuk Nasi (PNS); belajar berkomunikasi; belajar takut pada Tuhan dan bukan simbol keagamaan; keluarga perlu makan bersama; terus bersama; untuk mendapat pendidikan, bukannya pembasuhan minda; untuk berkhidmat kepada orang ramai, bukan diri sendiri; untuk berhenti menyalahkan orang lain, untuk tidak takut kerja keras dan untuk berfikir dan memilih dengan bijak.

Dr Tan melakukan perkara kerana sayang, bukan kerana duit. Dia sangat bersemangat terhadap pendidikan kerana pendidikan yang mengeluarkan dia dari kemiskinan.

Dia membiayai beberapa penganugerahan dan biasiswa untuk pelajar-pelajar cemerlang di sekolah dan universiti. Dia juga menggalakkan orang membantu mereka yang tidak berkemampuan.

Sekiranya ramai orang macam Dr Tan, penderitaan tiga generasi di bawah polisi tidak adil sepatutnya boleh dielakkan.

Walaupun Dr Tan menyokong penggunaan Bahasa Melayu, Mariam berkata Dr Tan pernah memberi peringatan bahawa ‘nasionalis’ mungkin mengkritik penggunaan bahasa Inggeris di Malaysia, dan ia akhirnya berlaku.

Masa kini, sesetengah orang merasakan bercakap bahasa Inggeris tidak patriotik.

Mariam menceritakan mengenai pengalaman anak saudaranya, yang dipukul rakan kerana bercakap dalam bahasa Inggeris pada minggu pertama persekolahan di sebuah sekolah MARA.

Mariam juga mengimbas semasa dia bersekolah di sebuah sekolah convent, di mana pelajar berkongsi makanan sewaktu rehat ialah perkara biasa, tetapi pada masa kini guru memarahi pelajar yang berkongsi makanan dengan dengan rakan-rakan bukan Islam.

Zaman saya, kantin sekolah tetap dibuka di bulan Ramadan. Tapi sekarang, kanak-kanak bukan muslim dipaksa makan di bilik persalinan.

Di sekolah-sekolah luar bandar di Semenanjung dan Sabah, kanak-kanak bukan Muslim dikatakan dipaksa berpuasa di bulan puasa.

Kini, sesetengah Muslim enggan makan atau melawat kawan bukan Muslim, walaupun kawan-kawan bukan Muslim telah berusaha menyediakan makanan halal.

Mariam juga berkata mengenai bagaimana Tunku menjual rumah di Pulau Pinang untuk membiayai operasi UMNO di saat parti itu mengalami masalah kewangan apabila dia mengambil alih kepimpinan dari Onn Jaafar.

Kini, beberapa pemimpin mencuri wang pembayar cukai untuk membiayai kehidupan mereka yang mewah dengan membeli rumah luar negara, berlian merah jambu dan beg tangan pereka. Malah mereka mencuri susu yang diperuntukkan untuk kanak-kanak sekolah yang miskin.

Sementara itu, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri Perdana Menteri Malaysia, pemimpin tertinggi DAP, Lim Kit Siang, dan mendiang Pengerusi DAP Karpal Singh telah dinamakan penerima Anugerah Integriti Awam 2018 Tan Chee Khoon kerana perkhidmatan cemerlang kepada orang awam.

Anugerah disampaikan oleh bekas presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan. Mariam menerima anugerah bagi pihak Siti Hasmah, yang tidak dapat hadir manakala isteri Karpal, Gurmit Kaur menerima anugerah bagi pihaknya.

Tan ialah figura penting dalam politik Malaysia dari 1959 sehingga 1978, dan pada satu masa dinamakan ‘Encik Pembangkang’ kerana kelantangannya bersuara di Parlimen. Dia ialah pemimpin pembangkang di Parlimen dari 1964 hingga 1978.

Tan ialah pemimpin asal Parti Buruh Malaya dan gabungan Fron Sosialis Rakyat Malaya, yang disertai Parti Buruh. Tan kemudiannya mengasaskan Gerakan dan seterusnya Parti Keadilan Masyarakat (Pekemas), setelah dia merasa kecewa dengan Gerakan. – amazingnara.com via Free Malaysia Today

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...