Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Maria Tunku Sabri Tidak Kisah Dikritik Kerana Pakai Gaun Seperti Elsa Frozen

Frozen, antara animasi kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa sebenarnya. Meskipun, sudah beberapa tahun di tayangkan di pawagam, namun “demam” filem tersebut masih lagi belum reda.

Baru-baru ini, personaliti Maria Tunku Sabri telah dikritik oleh orang ramai apabila beliau tampil mengenakan gaun persis Puteri Elsa didalam filem Frozen ketika mengacara program Jom Singgah di TV3.

Advertisement

Sudah lama berkecimpung dalam bidang penyiaran dan pendek kata hampir semua perkara beliau telah lalui, Maria bagaimanapun enggan mengambil pusing terhadap kritikan tersebut dan menerima komen daripada masyarakat dengan terbuka.

Saya dan Ifa Raziah hanya mengikut kata produksi memakai kostum tersebut kerana mengikut tema Frozen. Saya baca semua komen-komen di internet.  Ada yang memuji, ada yang kutuk kata saya tak sedar diri. Awal-awal itu, terasa juga membaca komen-komen orang di internet tetapi perasaan itu bersifat sementara sahaja.

Jadi saya mengambil pendekatan untuk berfikir secara positif dan menerima kritikan itu untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.

Tambah Maria lagi, beliau sama sekali tidak merasa marah kerana orang ramai tidak mengetahui bahawa ia adalah salah satu tugas yang diberikan kepadanya.

Kalau nak tahu, penyanyi Nurul Depp juga mahu mencari kostum seperti itu tau. Apa-apa pun, saya tidak melatah dengan komen-komen yang diberi.

Advertisement

Dan saya pun tak marah. Mereka tidak tahu bahawa kita diberi tugasan dan sebagai pengacara kita perlu melaksanakannya.

Bukan Maria sahaja yang memakai gaun seperti watak dalam filem Frozen tetapi Ifa Raziah juga turut bergaya seperti Puteri Anna didalam program tersebut. Pakaian mereka telah mendapat perhatian ramai dan menjadi topik perbualan utama di media sosial. Ramai yang menganggap kedua-dua mereka kurang sesuai untuk mengenakan gaya tersebut lebih-lebih dengan faktor umur mereka.

Mungkin pakaian itu tidak bersesuaian dengan Maria Tunku Sabri mahupun Ifa Raziah tetapi satu yang kami pujia ialah mereka menolak tepi kritikan orang ramai dan tampil berani untuk menjadi Elsa dan Anna secara langsung di kaca televisyen. Bukan semua orang ada keyakinan sebegitu kan?

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top