Pelakon Astana Idaman, Maria Farida mendedahkan dia masih menerima gangguan nakal dari lelaki-lelaki muda yang mahu cuba mendekatinya.
Kata Maria, meski sudah mempunyai suami namun dia masih menjadi ‘target’ anak muda dan lelaki miang yang mahu mencuba nasib.
Selalu juga diganggu dan memang ramai lelaki yang mencuba nasib menerusi media sosial. Tapi saya bahagia dengan rumah tangga dan apa yang ditawarkan langsung tak sama dengan apa yang suami saya berikan. Saya bahagia dan tak perlukan semua itu.
Abaikan saja, anggap gurauan
Pelakon berusia 55 tahun itu juga akui tidak melayan dan mengabaikan gangguan sebegitu dan menganggap ia sebagai gurauan semata-mata.
Saya abaikan sahaja semua itu dan sudah biasa dengan gangguan sebegitu. Biasalah, mereka nak ajak ‘dating’, kahwin dan saya hanya gelak sahaja baca semua itu.
Pelakon Maria Farida sering menjadi tumpuan bukan hanya pihak media tetapi juga peminat serta masyarakat yang sering terpukau dengan penampilannya.
Meskipun sudah berumur 55 tahun, Maria sering tampil anggun dengan pakaian dan solekan yang menawan malah wajahnya juga dikatakan tak dimamah usia.