August 30th, 2013

Tahun ini ialah tahun ke 56 kemerdekaan negara kita. Malaysia sememangnya unik. Pelbagai kaum, makanan yang lazat, budaya yang berbeza dan paling menarik bagi Abang Nara ialah penggunaan bahasa yang meliputi seluruh kaum. “Syok”, “macha”, “gostan” dan “fuyyoh” ialah antara perkataan yang hanya rakyat Malaysia sahaja akan faham.

negaraku 4

Jadi apabila Astro melancarkan kempen Hari Merdeka Astro dengan menggunakan hashtag #gobeyond dan #UrMalaysianIsShowing bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-56 di Midvalley baru-baru ini, Abang Nara jadi teruja. Inilah peluang untuk kita sebagai rakyat Malaysia menunjukkan betapa uniknya diri kita. Kempen yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan ini turut sama mengalakkan rakyat Malaysia melakukan sesuatu yang positif dan berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang lain.

negaraku 4

Dimeriahkan dengan kehadiran selebriti seperti Lisa Surihani, Aznil Nawawi dan ramai lagi, satu rekabentuk unik yang diberi nama Positive Engine telah ditempatkan di aras 3 Midvalley. Positive Engine ini menampilkan pelbagai rekaan unik yang menjadi mercu tanda Malaysia. Kalau ada masa, korang kena pergi tengok sebab Positive Engine ini sangat-sangat menarik dan mampu menambah rasa kecintaan terhadap negara kita.
negaraku 4

Selain di Midvalley, Go Beyond Meter ini turut dipaparkan di www.gobeyond.com.my. Untuk makluman, Go Beyond Meter akan merekodkan akur janji oleh rakyat Malaysia. Lagi banyak akur janji yang dilakukan menerusi aplikasi GoBeyond, lagi tinggilah nombor yang akan dipaparkan di meter ini. Akur janji ini boleh dilakukan menerusi aplikasi Facebook GoBeyond.

negaraku 4

Senang je nak buat pledge nie. Abang Nara dah pledge “Beri laluan kepada kereta yang ingin masuk dari simpang ke jalan utama”. Simple je kan? Antara selebriti yang sudah pun berjanji ialah Lisa Surihani, Aznil dan ramai lagi. Marilah ramai-ramai kita berusaha menyebarkan rasa positif lebih-lebih lagi di Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 ini.
negaraku 4

Paling menarik perhatian Abang Nara ketika pelancaran kempen kemerdekaan oleh Astro ini ialah t-shirt yang dipakai oleh para selebriti. Memang cool sangat-sangat. Tulisan yang digunakan ialah perkataan-perkataan yang Abang Nara selalu guna. Antaranya seperti “Rilekslah bro”, “Solid giler” dan “Stylo mylo”. Kesemuanya cute-cute sangat.
negaraku 4

Dan Abang Nara melonjak keseronokan kerana T-shirt yang sangat best ini boleh didapati secara online di https://apps.facebook.com/yourmsianisshowing. Boleh reka t-shirt mengikut design yang kita mahu. Kalau rekaan mendapat undian tertinggi dan dipilih sebagai pemenang, boleh dapat terus t-shirt itu secara percuma. Memang terbaik!!!

negaraku 4
Terbaru Abang Nara check hanya tinggal 500 helai sahaja yang boleh dibeli. Fuh ~~ Memang terhad sangat-sangat. Nanti apabila kempen #UrMalaysianIsShowing semakin meluas sambutannya, Abang Nara confirm t-shirt ini akan habis macam pisang goreng. Lagi best, kesemua keuntungan daripada jualan t-shirt ini akan disumbangkan kepada badan kebajikan menerusi program Astro Kasih. Sambil membeli, sambil menderma. Harap anda cepat-cepat buat tempahan sebelum kehabisan stok.

negaraku 4

Ketika pelancaran kempen Hari Merdeka oleh Astro ini, turut sama ditayangkan muzik video “Excuse me Sir your Malaysian is showing”. Abang Nara dan para hadirin pakat tergelak bersama-sama. Apa yang dipaparkan di dalam muzik video ini memang seringkali dilakukan oleh kita sebagai rakyat Malaysia.

Abang Nara harap, sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 ini, jomlah kita beramai-ramai meriahkan kempen yang dianjurkan oleh Astro ini. Tunjukkan semangat cintai negara. Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak sayang Malaysia. Tak gitu? Lebih info layari www.astro.com.my/negaraku

 


Comments are closed.

Loading...