Mari Menderma Sambil Makan Mcdonald’s Prosperity Burger

Hiburan

Mari Menderma Sambil Makan Mcdonald’s Prosperity Burger

Yeahh ~~ Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Walaupun tidak menyambut perayaan ini, Abang Nara ada sebab bergembira dengan kedatangannya. Antara sebab-sebab ialahnya:

1. Limau Mandarin yang manis ~~~ Abang Nara dah beli 3 kotak dah. Memang best petang-petang lepak sambil makan limau. Dalam tak sedar boleh habis setengah kotak. Sedap sangat!!!

Advertisement

limau2. Cuti yang panjang ~~ Bolehlah merancang pergi jalan dengan wife dan anak-anak. Ingat nak balik kampung tapi takut jalan sesak pulak. Jadi maybe cuti kali ini pergi mandi manda kat Sunway Lagoon je. Sambil-sambil tue boleh tengok tarian naga. Mesti anak Abang Nara excited.

limau

3. Prosperity Burger McDonald’s kembali dijual. Sedap sangat burger Prosperity nie. Dengan lada hitamnya yang menyebabkan kepedasan, memang terbaik!!! Seminggu confirm 2,3 kali pergi makan.

limau

Masa Abang Nara tulis nie pun dah memang keluar air liur dibuatnya. Hehehe. Terbayang kesedapannya. Lagi terbaik, untuk tahun keempat berturut-turut, kempen McDonald’s “Prosperity Gives Back’” kembali semula. Tahun ini, dengan setiap pembelian Prosperity Meal pada 18 dan 19 Januari ini, RM1 akan didermakan kepada 70 rumah kebajikan di seluruh Malaysia. Inilah peluang anda untuk menderma sambil makan Prosperity Burger.

Selain itu, McDonald’s juga memperuntukkan RM82,000 untuk diberikan kepada rumah kebajikan tempatan. Banyak kan amaun tersebut? Korang pun berpeluang untuk menang sebahagian daripada RM82,000 yang diperuntukkan kepada pelanggan-pelanggan Prosperity Burger. Caranya, hanya perlu ke McDonald’s yang terpilih sehingga 17 Januari ini, beli 2 Prosperity Meal dan jawab soalan yang diberikan oleh “radio cruisers” yang ada di situ.

Kalau jawapan anda tepat, anda akan diberikan Prosperity Gift Packet yang boleh ditukar kepada wang tunai. RM1 yang dimenangi, RM1 jugalah yang akan didermakan kepada badan kebajikan oleh McDonald’s. Terbaik bukan? Jangan lupa buka website www.mcdonalds.com.my untuk mengetahui jadual kedatangan “radio cruisers” ini.

limau

Dan kalau anda tak berkesempatan untuk menyertai kempen yang Abang Nara ceritakan di atas, jangan risau sebab ada satu lagi kempen yang sangat senang. Menggunakan hashtag #prosperitytogether, kita hanya perlu kongsikan sebab kita mahu makan Prosperity Meal dengan seseorang menerusi Instagram, Twitter atau Facebook. Yang paling kreatif akan mendapat hadiah istimewa daripada McDonalds. Korang boleh tengok apakah ayat-ayat kreatif yang telah dikongsikan di www.prosperitytogether.com.my. Mudah je kan?

limau

Cubalah sertai kempen “Prosperity Gives Back” oleh McDonald’s ini. Mana tahu ada rezeki korang untuk dapatkan angpow besar di Tahun Baru Cina ini. Selamat mencuba. Untuk maklumat lanjut, layari www.mcdonalds.com.my dan juga Facebook McDonald’s Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...