Korea Utara boleh dikatakan antara negara bermisteri, dan ia dikawal rapi pentadbirnya. Tidak ramai yang berpeluang ke negara tersebut, dan kini salah seorang juruvideo dengan kerjasama salah satu syarikat pelancongan di Korea Utara hadir dengan sebuah video time-lapse menarik.
Melalui video tersebut, ia memperlihatkan pelbagai lokasi menarik sekitar Korea Utara dalam bentuk time-lapse, menjadikan video dan kawasan sekitarnya dipaparkan dalam bentuk menarik.
Memandangkan bukan ramai yang berpeluang untuk ke Korea Utara, mungkin kita boleh mendapatkan idea secara kasar berkenaan Korea Utara melalui video ini.