Mari Kita Lihat Senarai 10 Janji Pakatan Harapan Dalam Tempoh 100 Hari

Trending

Mari Kita Lihat Senarai 10 Janji Pakatan Harapan Dalam Tempoh 100 Hari

Tiada siapa yang mampu meramalkan bahawa selepas 61 tahun, tampuk pemerintahan di Malaysia akhirnya bertukar tangan. Ia semestinya satu sejarah besar buat negara kita.

Advertisement

Kembalinya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri melalui parti Pakatan Harapan seakan memberikan sinar baru. Rakyat meletakkan sepenuh kepercayaan dan amanah mereka agar barisan kepimpinan terbaru ini boleh kembalikan bukan sahaja kemakmuran serta ekonomi negara, tetapi membela nasib rakyat yang  tidak dinafikan menanggung “kesakitan” dengan kos sara hidup yang tinggi dan juga masalah lain.

Mari kita mengimbas kembali  10 janji Pakatan Harapan dalam 100 hari selepas mereka membentuk kerajaan baru.

Mansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan  (GST) . Tun M  menerusi satu sidang media khas semalam ( 10 Mei 2018) memberitahu cukai GST sebanyak 6% sekarang akan dimansuhkan dan hanya mengembalikan cukai lama iaitu cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan sebelum pemeritahan perdana menteri ke 6.

  1. Mansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) . Tun M menerusi satu sidang media khas semalam ( 10 Mei 2018) memberitahu cukai GST sebanyak 6% sekarang akan dimansuhkan dan hanya mengembalikan cukai lama iaitu cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan sebelum pemeritahan perdana menteri ke 6.
  2. Memperkenalkan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah
  3. Siasat institusi-institusi yang terpalit dalam skandal terutama sekali isu 1MDB yang mencetuskan pelbagai kontroversi.
  4. Mengembalikan semula subsidi minyak secara bersasar.
  5. Menyamaratakan gaji minimum.
  6. Menangguhkan pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk individu yang mendapat gaji  kurang dari RM4,000.
  7. Mengkaji semula langkah pemberian projek mega kepada negara-negara asing.
  8. Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.
  9. Menubuhkan pasukan yang bertindak untuk mengkaji memulangkan autonomi yang dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak seperti yang tertakluk dalam Perjanjian Malaysia 1963.
  10. Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberia pembiayaan sebanyak RM500 untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...