November 8th, 2014

Zaman bujang dulu Abang Nara memang seorang yang pemboros. Asal ada duit lebih sikit je mesti habiskan. Jarang nak berjimat-cermat. Kalau makan kat luar pun tak beringat. Iyerlah, masa bujang mana ada tanggungjawab. Yang penting perut kenyang, dapat pakai bergaya sikit dan ada duit nak belanja awek masa ‘dating’.

mcd jimat-jimat

Namun sejak berkahwin dan mempunyai 2 orang anak, Abang Nara dah pandai sikit berjimat-cermat. Iyerlah, kenalah sentiasa pastikan duit mencukupi nak beli pampers, susu dan barang keperluan anak. Takkan lah nak biarkan anak-anak kelaparan kan? Dengan harga barang yang semakin mahal akibat kenaikan harga minyak, Abang Nara sentiasa memantau barangan yang dibeli.

Tak ada dah shopping-shopping sesuka hati. Makan kat luar pun jarang-jarang dah. Harga makanan kebanyakannya semua cekik darah. Tengok harga pun boleh buat darah naik. Tapi kadangkala gagal juga penjimatan yang Abang Nara cuba lakukan. Iyerlah bila si anak buat muka comel nak kereta mainan takkanlah tak beli kan? Terpaksalah ‘relakan hati’ untuk lihat si anak gembira.

mcd jimat-jimat

Ha bercakap pasal makanan nie membuatkan Abang Nara teringat satu benda. Abang Nara kadangkala pergi juga makan McDonalds . Iyerlah bila dah lalu McDonalds anak sulung Abang Nara tue mesti sebut ‘nak fries, nak fries’. Tak sampai hati pula tak beli. Suka sangat dia. Abang Nara pun suka juga sebab McDonalds sekarang tengah buat kempen Jimat-Jimat McD. Harga dahlah murah, lepas tue ada banyak promosi best-best. Antaranya:-

mcd jimat-jimat

Beli satu percuma satu. Yang ini feveret Abang Nara dan wife. Setiap Isnin sampai Jumaat bermula jam 11 pagi sehingga 4 pagi, kalau beli Chicken McCountry dan Beef Samurai Jr, akan dapat satu lagi burger percuma. Harga pun murah sangat. RM4.80 untuk Chicken McCountry dan RM5.20 untuk Beef Samurai Jr. Kalau makan untuk lunch confirm kenyang punya.

mcd jimat-jimat

Ha yang ini sesuai untuk sarapan pagi. Mana ada sarapan pagi semurah RM2.95. Beli teh tarik je pun dah RM2. Belum campur nasik lemak atau roti canai. Mahu kena bayar RM5 untuk sarapan je. Dengan kempen Jimat-jimat McD ini, kita boleh sarapan pagi dengan Sausage McMuffin with Egg pada harga RM2.95 sahaja. Murah kan?

mcd jimat-jimat

Promosi inilah yang Abang Nara belikan untuk anak baru-baru ini. Set Happy Meal untuk harga RM5.95 sahaja. Ada 3 pilihan kesemuanya. Abang Nara selalu ambil yang Chicken McNugget tue sebab si anak memang suka ayam. Promosi yang ini setiap Jumaat sampai Ahad bermula jam 11 pagi sehingga 4 pagi keesokan harinya. Kalau bawak anak pergi shopping mall hujung minggu dan nak berjimat tak nak makan mahal-mahal, memang promosi yang ini pilihan terbaik.

mcd jimat-jimat

Memang banyak penjimatan yang boleh dilakukan dengan Jimat-Jimat McD nie. Apa pun janganlah berjimat bab makanan je tapi benda lain kita berbelanja ikut nafsu. Tak guna jugak kan kalau macam tue? Dalam dunia yang serba mahal ini, banyak pilihan yang menjimatkan di luar sana. Terpulanglah pada kita untuk memilihnya atau tidak. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Jimat-Jimat McD ini, layari www.facebook.com/MY.McDonalds.


Comments are closed.

Loading...