Mari Doakan Datuk Siti Cepat-Cepat Menimang Cahaya Mata

Hiburan

Mari Doakan Datuk Siti Cepat-Cepat Menimang Cahaya Mata

anak datuk siti

Jangan salah sangka. Gambar bayi di atas bukanlah gambar anak Datuk Siti Nurhaliza. Itu adalah gambar Datuk Siti pergi ke majlis cukur jambul cucu angkatnya. Apabila membaca Twitter Datuk Siti di bawah, kami dapat rasakan betapa kepinginnya Datuk Siti ingin bergelar seorang ibu.

Advertisement

anak datuk siti

Kalau tak salah info yang Abang Nara terima, Datuk Siti dah mencuba pelbagai-pelbagai perubatan moden dan tradisional untuk menggapai impiannya bergelar seorang ibu. Usaha dah ada cuma mungkin belum ditunaikan permintaan dariNya. Anggaplah ini satu ujian dariNya. Yang terbaik buat masa ini ialah berdoa agar semuanya dipermudahkan.

Dan buat semua peminat Datuk Siti, Abang Nara tahu yang korang pun teringin sangat nak tengok penyanyi pujaan anda menimang cahaya mata. Maka doa-doakanlah jugak. Mana tahu kalau ramai-ramai berdoa boleh makbul. Tak gitu? Buat Datuk Siti, harap dapat bersabar ye. Kami di BeautifulNara sentiasa mendoakan agar Datuk Siti cepat-cepat hamil.

P.S: Untuk yang tak tahu, Abang Nara lama tak update sebab cuti panjang menyebabkan kemalasan tahap gaban. Kini Abang Nara sudah kembali. Jangan lupa follow Abang Nara di Twitter dan Facebook BeautifulNara untuk info terkini lagi sensasi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...