Marbel Electric Skateboard merupakan inovasi terbaru papan luncur yang selama ini anda tahu hanya bergerak apabila dikayuh dengan kaki. Pihak Marbel mengatakan, skateboard mereka merupakan skateboard yang paling ringan, pantas dan advanced dengan motor elektrik terbina pada roda. Menggunakan motor elektrik berkuasa 2000w, skateboard ini mampu memecut 25mph dengan pengecasan bateri Lithium ION selama 80-90 minit. Skateboard ini juga dibekalkan dengan alat kawasan wireless untuk mengawal kelajuan.