Written by Bella | December 19th, 2017

Ketika menjalani penggambaran muzik video Abang Nak Tegur di Sepanyol, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menempuhi pelbagai dugaan yang mencabar kesabaran dan mood beliau. Namun, Aliff masih tidak boleh lari daripada kontroversi.

Bermula daripada video memarahi Nur Sajat tidak pandai menari sehinggalah meluahkan rasa sedih kerana begnya dicuri, Aliff tetap menjadi mangsa kritikan netizen. Mereka anggap beliau cuma ingin mencetuskan gimik murahan untuk tujuan mempromosikan lagu tersebut.

Walaubagaimanapun, Aliff tidak pernah berniat sebegitu dan tampil menjelaskan perkara sebenar kepada netizen yang selalu mengecam dirinya.

Hari pertama penggambaran dah kena rompak. Tak kan kes polis pun saya nak buat drama. Saya ada laporan polis.

Sejujurnya, ia bukan semata-mata drama atau sengaja nak timbulkan kontroversi. Sepanjang di sana saya sedih. Mungkin terlalu tertekan menyebabkan secara tidak sengaja saya memarahi Sajat. Tapi netizen dah mengecam saya seperti kami melakukan zina di sana.

Terdahulu, netizen mengkritik kejadian curi yang berlaku kepada Aliff adalah satu pengajaran buat dirinya agar tidak terlalu menayang kemewahan yang beliau ada.

Sumber Berita : mStar Online

10 responses to Marah Sajat Dan Beg Dicuri Sehingga Rugi RM400,000 Bukan Gimik Murahan – Aliff Syukri

  1. Aliffg says:

    Amboi marah betul sampai keluar perumpamaan “zina” . Orang kecam maybe sebab sikap kau yg terlalu show off kot.

    12

    0
  2. benci si 4mata says:

    cerita dh basi, nara tak payah upload la 4mata!

    5

    0
  3. Anonymous says:

    Ini membuktikan walaupun sesorang itu popular, ada ramai peminat & kaya x menjamin kebahagiaan/ketenangan hidup..

    12

    0
  4. Sherry says:

    Tu la propa sgt. Yg betol pun dianggap main2. Salah ko jugak!

    4

    0
  5. Anonymous says:

    Diam lah..borink betol cerita ko ni. Ko dan Sajat mcm ada dua lobang!

    3

    0
  6. Yekeni says:

    Whatever that is in your mind, it will be translated to words….

    2

    0
  7. Nona says:

    mmg la bukan murahan ni gimik mahal sbb hilang 400 ribu kannn.

    1

    0
  8. aku says:

    suka sangat tayang2…….padan muka ko hahahahahhahahaha

    1

    0
  9. melati says:

    saya perhati kan Dato Aliff ni, mcm Biol pun ada ….aritu ckp RM100K jew, sekarang RM400K…entah2 RM4k jer ….Pengalaman saya org2 yg show ni tak byk pun duit setakat Juta2 tu biasa jer Nelayan pun ada..!!! nk bagi Hadiah kt AF pun teketaq2..tempat pertama jer ..(tgk D.V)..tk percaya langsung Dato Aliff ni..cuma yg Heran dgn Kaya Ciput dia Mokcik2 yg dh berumur 70 thn keatas jer …wakakakakaaaaaa…

    2

    0

Leave a Comment

Optional