Marah Sajat Dan Beg Dicuri Sehingga Rugi RM400,000 Bukan Gimik Murahan – Aliff Syukri

Hiburan

Marah Sajat Dan Beg Dicuri Sehingga Rugi RM400,000 Bukan Gimik Murahan – Aliff Syukri

Ketika menjalani penggambaran muzik video Abang Nak Tegur di Sepanyol, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menempuhi pelbagai dugaan yang mencabar kesabaran dan mood beliau. Namun, Aliff masih tidak boleh lari daripada kontroversi.

Advertisement

Bermula daripada video memarahi Nur Sajat tidak pandai menari sehinggalah meluahkan rasa sedih kerana begnya dicuri, Aliff tetap menjadi mangsa kritikan netizen. Mereka anggap beliau cuma ingin mencetuskan gimik murahan untuk tujuan mempromosikan lagu tersebut.

Walaubagaimanapun, Aliff tidak pernah berniat sebegitu dan tampil menjelaskan perkara sebenar kepada netizen yang selalu mengecam dirinya.

Hari pertama penggambaran dah kena rompak. Tak kan kes polis pun saya nak buat drama. Saya ada laporan polis.

Sejujurnya, ia bukan semata-mata drama atau sengaja nak timbulkan kontroversi. Sepanjang di sana saya sedih. Mungkin terlalu tertekan menyebabkan secara tidak sengaja saya memarahi Sajat. Tapi netizen dah mengecam saya seperti kami melakukan zina di sana.

Terdahulu, netizen mengkritik kejadian curi yang berlaku kepada Aliff adalah satu pengajaran buat dirinya agar tidak terlalu menayang kemewahan yang beliau ada.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...