“Marah-Marah Dan Suka Memekik” – Gelandangan Tak Bersyukur, ‘Komplen’ Makanan Dan Maki Sukarelawan

Kehidupan

“Marah-Marah Dan Suka Memekik” – Gelandangan Tak Bersyukur, ‘Komplen’ Makanan Dan Maki Sukarelawan

Kerja-kerja amal seperti memberi makanan kepada gelandangan mungkin dianggap mudah bagi segelintir orang.

Akan tetapi, menurut Pengurus Besar Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah, Mohd. Khairul Azman Md. Daud, ada juga gelandangan yang bersikap biadab dengan melontarkan kata-kata kesat dan mengherdik makanan yang diberikan.

Advertisement

Memetik laporan Kosmo!, Mohd Khairul memberitahu kejadian itu berlaku dua tahun lalu ketika pandemik Covid-19 di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Kami membuka Warung Makan Sahabat di Chow Kit, Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu iaitu ketika pandemik Covid-19. Pada peringkat awal, memang ada segelintir yang suka marah-marah dan buat bising…

…Mereka marah-marah dan suka memekik kerana mungkin kepala tengah pusing (penagih). Kita faham di Chow Kit ini, gelandangan datangnya dari pelbagai latar belakang dan ada yang melacur, mualaf, penagih dadah.”

Gambar Hiasan

Dalam pada itu, Wakil We Care Dapur Asnaf, Haliza Abdul Halim menyatakan ada juga sesetengah gelandangan yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana makanan yang diberikan tidak sedap.

Bercerita lebih lanjut, Haliza sempat mengingatkan bahawa gelandangan mempunyai pelbagai sikap dan amat penting untuk menghormati mereka.

Apabila mereka kata tidak sedap, kita pastikan orang yang memasak itu ada kualiti atau kita hentikan tempahan. Kami hanya akan beri makanan yang sesuai dan sedap kerana status mereka sebagai asnaf…

Kalau kita hormat, mereka juga akan hormat kita. Tidak perlu ambil peduli sangat dengan sikap-sikap tersebut kerana semua orang tidak sempurna.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

1 year ago

(VIDEO) Bagi Makanan Untuk Golongan Gelandangan, Netizen Puji Kerja Amal Iman Troye

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...