Marah ‘Laluan Tikus’ Ditutup, Penduduk Sanggup Bakar Penghadang Dan Kawat Duri

Trending

Marah ‘Laluan Tikus’ Ditutup, Penduduk Sanggup Bakar Penghadang Dan Kawat Duri

Jika diteliti, kejadian vandalisme seperti ini sudah beberapa kali terjadi apabila penghadang jalan plastik ditebuk sebelum dibuang ke tempat lain.

Kali ini, kejadian sama berulang berpunca daripada segelintir masyarakat yang dikatakan terlalu marah ‘laluan tikus’ ditutup.

Advertisement

Lebih mengecewakan, mereka sanggup membakar penghadang dan kawat duri yang telah didirikan oleh pihak polis itu sehingga rosak.

Perbuatan khianat itu dikesan di Kampung Gong Lapang, Besut kira-kira jam 9.30 pagi pada Ahad.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, masyarakat seharusnya memahami pentingnya untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19 apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

laluan tikus

Ini merupakan bukti sikap tidak bertanggungjawab segelintir manusia dengan merosakkan penghadang dan kawat duri yang telah dibuat di sempadan Besut, Terengganu dan Pasir Putih, Kelantan.

Tindakan itu, seperti memberontak kerana “laluan tikus” yang biasa mereka lalui telah pun ditutup sepenuhnya di sempadan antara kedua negeri itu.

Pihak polis kini sedang giat memburu individu yang melakukan perbuatan khianat berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Advertisement

Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dgn kejadian merosakkan harta kerajaan, boleh terus menghubungi bilik gerakan IPD Besut di talian 09-6959999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kita cari si pelaku sampai jumpa!

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...