Mara Tanggung Kos perubatan Dan Penerbangan Mohamad Sahar

Trending

Mara Tanggung Kos perubatan Dan Penerbangan Mohamad Sahar

Kos perubatan dan penerbangan membawa pulang Ketua Kerani Majlis Amanah Rakyat (MARA) Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Negeri Sembilan, Mohamad Sahar Mhd Noor, yang kini dirawat di Hospital Charing Cross di barat London akan ditanggung sepenuhnya oleh MARA.

Advertisement

Demikian kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ekoran rayuan sumbangan dana menerusi laman web GoFundMe oleh ahli keluarga Mohamad Sahar mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Mohamad Sahar, 57, diserang strok sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Heathrow pada 4 Julai lalu.

“Pihak pengurusan Hospital Charing Cross bersetuju memberi pelepasan dan kebenaran untuk membawa pulang Mohamad Sahar pada Isnin ini , tetapi bersyarat,” katanya, lapor Berita Harian.

Antara syarat yang dikenakan ialah supaya Mohamad Sahar disediakan seorang doktor dan jururawat serta peralatan perubatan termasuk alat bantuan pernafasan dalam pesawat.

Menurut Sabri Ismail, oleh kerana Mohamad Sahar yang masih tidak menyedarkan diri dan memerlukan perhatian rapi doktor dalam penerbangan maka peralatan perubatan sama akan digunakan pihak hospital.

“Semua kos daripada hospital, penerbangan dan kos melibatkan doktor dan jururawat pengiring akan dikendalikan oleh Mara,” katanya dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, hari ini.

Terdahulu, keluarga Mohamad Sahar mengumpul £25,000 (RM134,000) menerusi sumbangan orang ramai dalam internet bagi menanggung kos rawatannya.

Namun, keluarga itu masih teruskan rayuan sumbangan bagi mengumpul duit untuk menampung kos penerbangan dan kos sementara Mohamad Sahar masih dirawat di hospital itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...