MARA Siasat Taska Kepit, Kurung Anak Asuhan Autisme Dalam Bilik Stor

Viral

MARA Siasat Taska Kepit, Kurung Anak Asuhan Autisme Dalam Bilik Stor

Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengesahkan telah menerima laporan dan akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan penderaan melibatkan pengasuh sebuah taska swasta di Shah Alam, yang tular di media sosial sejak semalam.

Pengerusinya, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata laporan berkenaan diterima daripada Timbalan Ketua Pengarah Mara selepas dimaklumkan oleh pempengaruh terkenal, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli.

Advertisement

Menurut beliau, premis taska berkenaan menerima pembiayaan Mara di bawah program pendidikan awal kanak-kanak. Bagaimanapun, Asyraf Wajdi menjelaskan bahawa kejadian yang didakwa berlaku di Kota Kemuning tidak melibatkan operator di bawah pembiayaan Mara.

“Buat masa ini terdapat dua premis di bawah pembiayaan Mara iaitu di Klang dan Bestari Jaya. Namun, kejadian yang didakwa berlaku di Kota Kemuning tidak melibatkan operator di bawah pembiayaan Mara,” katanya menerusi ruangan komen di Instagram Caprice.

Walaupun begitu, beliau menegaskan siasatan tetap akan dijalankan secara menyeluruh kerana Mara tidak mahu terus membiayai atau bekerjasama dengan mana-mana institusi yang mempunyai rekod gagal menjaga kualiti pendidikan serta keselamatan kanak-kanak.

asyraf wajdi

“Saya tidak mahu Mara membiayai dan bekerjasama dengan institusi yang mempunyai rekod tidak menjaga kualiti pendidikan, apatah lagi melibatkan soal keselamatan dan kesejahteraan anak-anak,” tegasnya.

(VIDEO) Tadika Terkenal Kurung Anak Jagaan Autism Dalam Bilik Stor, JKM Digesa Ambil Tindakan – “Budak Tu Sampai Makan Kayu – Kayu Kotor”

Asyraf Wajdi turut meminta orang ramai, khususnya ibu bapa yang mempunyai maklumat berkaitan dakwaan penderaan di taska terbabit, supaya tampil membantu siasatan.

“Semua komen di ruangan posting ini saya turut minta pengurusan Mara perhalusi dan ambil tindakan sewajarnya dengan segera,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan tindakan beberapa pengasuh sebuah taska swasta di Shah Alam yang didakwa mengurung seorang kanak-kanak autisme di dalam bilik stor, selain memaksa seorang bayi meminum susu dengan cara dikepit menggunakan kaki, telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tadika terkenal
2026-01-21 08:48:10

(VIDEO) Tadika Terkenal Kurung Anak Jagaan Autism Dalam Bilik Stor, JKM Digesa Ambil Tindakan - "Budak Tu Sampai Makan Kayu - Kayu Kotor"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...