Mara Digital Shah Alam Bakal Dikenakan Sewa, Tetapi Jualan Masih Hambar

Trending

Mara Digital Shah Alam Bakal Dikenakan Sewa, Tetapi Jualan Masih Hambar

Peniaga di Mara Digital Anggerik Mall di sini bakal dikenakan bayaran sewa RM1,600 pada Februari, tetapi selepas 5 bulan, mereka masih tidak teruja dengan prestasi perniagaan mereka.

Advertisement

FMT melaporkan, pusat jualan barangan IT yang dikhaskan untuk peniaga Bumiputera ini tidak sibuk, malah peniaga merungut jualan agak perlahan.

Peniaga Muhammad Anuar Abdullah menganggarkan keuntungan yang diperolehinya setiap bulan hanya sekadar mencukupi.

“Tak ada untung sangat,” katanya tanpa mendedahkan jumlah sebenar yang diperolehinya setiap bulan.

Anuar berkata antara sebabnya ialah kurang promosi oleh pihak pengurusan.

“Banner pun letak di dalam bangunan, mana orang nak tahu.

“Macam mana orang nak datang? Pihak pengurusan perlu fokus promosi tempat ini,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan Mara Digital Mall di Kuala Lumpur mencatat jualan berjumlah RM18.4 juta sehingga November lalu.

Ismail berkata, jumlah jualan itu sekaligus menangkis pandangan pihak tertentu yang Mara Digital Mall yang diilhamkan olehnya tahun lalu tidak akan bertahan lama.

Anuar berkata sewa RM1,600 sebulan yang bakal dikenakan tidak setimpal dengan jumlah kehadiran orang ramai di pusat membeli belah itu.

“Kalau RM500-RM800 boleh terima lagi. RM1,600 mahal sangat, lebih-lebih lagi orang tak ramai,” katanya.

Pandangan itu dikongsi seorang lagi peniaga, Mohd Nor Azani Mahasan, yang berkata keuntungan kasar diperolehinya hanya RM2,000 sebulan.

Pengunjung Mohd Arif Adli berkata beliau tidak pernah sedar akan kewujudan Mara Digital di Anggerik Mall.

“Saya pun kebetulan datang ke sini nak makan dan ternampak orang menjual barangan elektronik,” katanya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...