“Manusia Yang Saya Tak Mahu Jumpa Dah” – Nourul Depp Kesal Dakwaan Sudah Bersedia Untuk Kembali Duet Dengan Ajai

Hiburan

“Manusia Yang Saya Tak Mahu Jumpa Dah” – Nourul Depp Kesal Dakwaan Sudah Bersedia Untuk Kembali Duet Dengan Ajai

Penyanyi Nourul Depp meluahkan rasa kesal apabila muncul dakwaan daripada sesetengah phak yang mengatakan dia sudah bersedia untuk kembali berduet dengan bekas suami iaitu komposer Ajai.

Advertisement

Saya marah dan bengang. Ya saya seorang yang profesional. Tetapi untuk kembali menyanyi bersama tiada dalam perancangan saya. Tolong la.

Jangan buat cerita yang tidak keluar daripada mulut saya.

Kongsi Nourul lagi, dia sudah lama tidak berjumpa dengan Ajai apatah lagi bercakap.

Kami tidak bercakap dan saya pun tak mahu bercakap atau bersemuka dengannya. Tak mahu, tak mahu, tak mahu. Anda tak tahu apa yang kami lalui. Manusia yang saya tak mahu jumpa dah.

Sekadar info, Nourul dan Ajai pernah berkahwin pada tahun 1996 namun bercerai 10 tahun kemudian. Hasil perkongsian hidup, kedua-duanya dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pu riz nasihat wanita tak tutup aurat
4 weeks ago

"Dalam Agama Ada Bahagian Dipanggil Malu Dengan Dosa" - PU Riz Titip Peringatan Buat Wanita Tidak Menutup Aurat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...