“Manusia Sentiasa Membuat Kesilapan” – Syafinaz Harap Netizen Hentikan Kecaman Terhadap Gadis Tular Biadap Di ATNMY 2

Trending

“Manusia Sentiasa Membuat Kesilapan” – Syafinaz Harap Netizen Hentikan Kecaman Terhadap Gadis Tular Biadap Di ATNMY 2

Baru-baru ini seorang peserta program All Together Now Malaysia Musim ke-2 (ATNM) tular selepas bertindak kurang sopan semasa menjawab soalan juri.

Susulan daripada perbuatan tersebut, peserta yang dikenali sebagai Fieqa berumur 16 tahun itu teruk dikecam warganet kerana kelakuan tidak beradab.

Advertisement

Terkini, Datuk Syafinaz Selamat, yang juga merupakan juri dalam program berkenaan meminta agar orang ramai berhenti memberikan kecaman terhadap Fieqa atas kesilapan yang dilakukan.

Syafinaz menerusi Instagram Story yang dimuat naik, berasa simpati ke atas kritikan ‘pedas’ yang dilemparkan oleh warganet ke atas gadis berikut dan berharap agar pihak di luar sana memberikan ruang untuk Fieqa memperbaiki diri.

Setiap manusia sentiasa membuat kesilapan. Yang penting adalah keinginan dan usaha setiap individu untuk memperbaiki diri sendiri…

…Buat semua, hentikan kecaman dan cara penulisan yang toksik dan berikan ruang untuk adik Fieqa memperbaiki dirinya. Kita ambil iktibar daripada situasi ini untuk memperbaiki diri sendiri.”

Dalam pada itu, Syafinaz turut meluahkan rasa gembira apabila Fieqa menerima teguran yang diberikan dengan hati terbuka.

Saya gembira adik menerima teguran saya dan Catriona Rose dengan hati terbuka…

…Sebagai orang lebih dewasa dan matang, adalah menjadi tugas kami untuk menegur dengan cara yang sebaik dan selembut boleh bagi memperbaiki kesilapan adik-adik yang baru ingin berjinak dalam bidang ini khususnya dan menyedarkan masyarakat secara amnya.”

Terdahulu, Fieqa pernah memohon maaf menerusi Instagram Story mengaku bersalah dan ingin ‘move on’ terhadap kemelut yang mengaibkan dirinya itu.

ATNM2
1 year ago

"Hanya Mahu Rating Dan Gosip.." - Gadis Tular Biadap Di ATNMY2 Mohon Maaf, Anggap Netizen Tak Tahu Cerita Sebenar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...